Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyorot perhatian ramai apabila dia tampil mendoakan seorang wanita yang sedang berusaha mendapatkan zuriat.

Artikel Berkaitan: Peminat Sanggup Redah Hujan Demi Karipap Siti Nurhaliza – ‘Dia Nak Beri Pada Siapa Yang Sudi Datang Ambil Di Rumah’

Artikel Berkaitan: Peminat Terpesona Dengan Wajah Siti Nurhaliza Tanpa Solekan – ‘Terima Kasih Tegur Saya’

Doa Siti Nurhaliza

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, wanita tersebut meminta warganet untuk mendoakan agar dirinya dan suami dikurniakan cahaya mata selepas 10 tahun mencuba.

Sebenarnya malu tapi nak juga usaha di 10 malam terakhir ini. Mohon awak semua doakan saya dan pasangan dikurniakan zuriat pada tahun ini.

Saya dah TTC (Trying To Conceive) selama 10 tahun, moga di antara doa kalian ada yang diangkat dan dimakbulkan.

Siti Nurhaliza kemudian membalas ciapan tersebut dengan berkongsi beberapa ibadah serta amalan kepada wanita itu sebagai salah satu ikhtiar dan kebergantungan kepada Allah SWT.

Amin, saya doakan.

Jalan lupa solat taubat, tahajud dan solat hajat niat Allah SWT kurniakan zuriat yang terbaik, diwaktu yang terbaik. Percaya pada rezeki Allah SWT.

Dalam masa sama, pelantun lagu Anta Permana itu juga berkongsi kepada wanita itu supaya memperbanyakkan doa, sedekah dan istighfar terutama di penghujung bulan Ramadan ini.

Baca doa Nabi Zakaria, bersedekah 10 malam terakhir dengan niat untuk cahaya mata. Istighfar banyak-banyak juga.

Sumber: Threads