Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil memohon maaf selepas ditegur kerana mempromosikan produk nikotin di media sosial, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Nak Berniaga Kuih Depan Rumah Pada Bulan Ramadan – ‘Suami Kata Lebih Baik Sedekah’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Individu Dedah Siti Nurhaliza Menginap Di Hotel Mewah Dubai Berharga RM30k Satu Malam – ‘Hotel Tu Pernah Bayar Beyonce RM108 Juta Buat Konsert’

Terima teguran

Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), biduanita negara itu mengakui kekhilafannya dan menerima teguran yang dibuat orang ramai.

Maaf atas khilaf saya mengenai produk saya masukkan di Instagram saya sebelum ini.

Saya sedar ini adalah khilaf saya tanpa menyelidik atau mengetahui sepenuhnya mengenai produk tersebut.

Syukur dengan teguran

Dalam pada itu, Siti turut berterima kasih atas teguran dan keprihatinan yang ditunjukkan.

Siti turut memaklumkan sudah memadam hantaran tersebut.

Terima kasih atas teguran, pemberitahuan dan juga memaklumkan ini kepada saya.

Saya sudah memadam hantaran tersebut dan terima kasih sekali lagi atas teguran yang diberikan.

Sebelum ini, Siti memuat naik sebuah hantaran mempromosikan perniagaan dipercayai milik anak tirinya, Azief Khalid.

Hantaran tersebut menarik perhatian ramai termasuk dari laman Facebook Public Health Malaysia, yang menegur tindakan penyanyi popular itu.

Sumber: Instagram