berita

Siti Nurhaliza Perjelas Isu Majlis Tahnik Anak, Ustaz Azhar Memang Ada Di KL, Menteri Agama Cuma Singgah

May 3rd, 2021 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Di Instagram, Dato Sri Siti Nurhaliza telah memuat naik satu kenyataan media berhubung isu viral majlis tahnik anak lelakinya baru-baru ini.

Timbul dakwaan

Berhubung isu yang sedang tular ketika ini, kami sebagai tuan rumah ingin memberi pencerahan mengenai majlis tahnik anak lelaki kami, Muhammad Afwa yang kami anjurkan pada 26 April lalu yang didakwa tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) termasuk berlakunya aktiviti rentas negeri.

Menurut Tok Ti, dakwaan ini ditimbulkan apabila mereka mengundang seorang pendakwah bebas dari negeri lain sebagai tetamu. Jelas Tok Ti, tiada sebarang aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya, individu tersebut bersetuju untuk hadir kerana kebetulan dia memang berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis tersebut diadakan.

Memandangkan acara itu dibuat ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), atur cara majlis dan bilangan tetamu yang hadir mematuhi syarat penganjuran majlis dan bilangan tetamu yang hadir turut mematuhi syarat yang ditetapkan.

Majlis terbahagi kepada 3 sesi

Ujar Tok Ti lagi, majlis tersebut dibahagikan kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu yang terhad. Majlis tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak mereka sempena hari ke-7 mengikut sunnah Rasulullah.

Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri Agama, Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka. Sebaliknya beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain.

Jelas Tok Ti lagi, sebagai rakyat Malaysia yang patuh pada undang-undang dan peka dengan situasi semasa, mereka tidak pernah memandang ringan mengenai hal tersebut bahkan, cuba untuk mematuhinya semampu mungkin. Di akhir kenyataan media, Tok Ti memberitahu penjelasan ini bukanlah untuk mempertahankan diri tetapi bertujuan memberikan pencerahan terhadao beberapa perkara yang boleh menimbulkan kekeliruan dan salah faham terhadap pihak tertentu.

Ini merupakan kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dan difahami dengan baik.

Tok Ti dan seluruh ahli keluarganya turut memohon maaf seandainya apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak. Mereka turut memahami, berlapang dada dengan setiap teguran yang diberikan. Tambah Tok Ti lagi, mereka sedia memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

Sumber: Tok Ti

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×