
Seorang pempengaruh media sosial dari Brazil yang dikenali sebagai Marcio Santos menyorot perhatian apabila berkongsi video dirinya menyanyikan semula lagu berbahasa Melayu di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pencapaian Siti Nurhaliza Dipapar Dalam Buku Teks Sekolah Filipina, Netizen Bangga – ‘Memang Seorang Legenda’
Artikel Berkaitan: Siti Nurhaliza Seru Banteras Gejala B*li – ‘Terapkan Dalam Hati, Setiap Manusia Berharga’
Marcio ‘cover’ lagu Siti Nurhaliza
Menerusi hantaran dibuat, Marcio dilihat melakukan ‘cover’ dan menyanyikan semula lagu baharu milik penyanyi hebat negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza yang bertajuk ‘Menamakanmu Cinta’.
Walaupun berlainan bahasa, Marcio dilihat tetap berjaya menyanyikan lagu itu dengan sebutan yang baik serta penuh penghayatan.
Perkongsian tersebut kemudiannya tular dan meraih perhatian ramai netizen yang rata-ratanya memuji nyanyian Marcio.
Lebih menyorot perhatian, nyanyian Marco turut mendapat perhatian penyanyi asal iaiti Siti yang meluahkan rasa terharu dengan pempengaruh tersebut.
Komen netizen



Sumber: TikTok








