
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana dalam bidang Seni Kreatif dan Media oleh Universiti Sunway.
Artikel Berkaitan: 42 Trofi, 13 Kali Vokal Wanita Terbaik: Mengapa Siti Nurhaliza Masih Bergelar ‘Ratu AIM’
Tahniah!
Menerusi perkongsian di Instagram rasmi universiti berkenaan, anugerah tersebut diberikan sebagai tanda penghargaan terhadap jasa, sumbangan serta perjalanan panjang Siti dalam mewarnai industri seni tanah air.
Tahniah kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin menerima Ijazah Khas Master of Arts and Media (Honoris Causa) dari Fakulti Seni dan Sains Sosial, Sunway University sebagai pengiktirafan kepada sumbangan cemerlang dan perjalanan inspiratif beliau dalam seni dan industri kreatif.
Penyampaian anugerah berkenaan berlangsung menerusi Majlis Konvokesyen Universiti Sunway yang diadakan pada Khamis.
Pengiktirafan itu sekali lagi membuktikan pencapaian luar biasa Siti yang bukan sahaja dikenali sebagai penyanyi tersohor, malah turut menjadi antara figura penting dalam perkembangan industri kreatif Malaysia.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa bangga serta menitipkan ucapan tahniah buat penyanyi lagu Cindai itu atas kejayaan yang diraih.
Sumber: Instagram