berita

Siti Saleha Bakal Melengkapkan Trio Pemerkasaan Wanita Dalam ‘Women Talk’ 14 Mei Ini!

May 13th, 2022 | by Amirul Asraf
Shout Out!

Sudah bersiaran di TV3 sejak 2 April yang lalu, program bual bicara ‘Women Talk’ bakal menampilkan pelakon, Siti Saleha sebagai pengacara bagi program tersebut. Siti Saleha bakal mengacarakan program tersebut bersama Deborah Henry dan  Zoraya Vadillo pada 14 Mei ini.

Pelbagai kupasan topik menarik

Ketiga-tiga pengacara trio berpengalaman ini akan meneruskan perbincangan topik dan isu yang menarik untuk golongan wanita bersama dengan tetamu dan ikon jemputan. Antara topik yang akan diselami adalah berkaitan industri perniagaan, membincangkan isu perceraian, peranan wanita dalam kepemimpinan, stabiliti kewangan, langkah ke arah kecantikan dan banyak lagi. Tetamu yang dijemput adalah dikalangan mereka yang berpengalaman dalam bidang berkaitan topik mingguan. Antaranya pengarah pengurusan Chriszen Mandy Leong, pengasas Pops Malaya Rose Yasmin Karim, selebriti terkenal Siu Lim, peguam syariah perceraian Nursahila Ayub, bekas Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Datuk Dr Hafsah Hashim, penasihat kewangan Brenda Yong, mangsa kebankrapan Soo Wincci, dan juga ahli estetik dan doktor selebriti Dr Katalina. 

Sebelum ini, Women Talk telah mengupas topik-topik penting dalam memperkasakan wanita seperti meraikan kemenangan wanita Malaysia bersama Datuk Nicol David dan wakil United Nations Datuk Noor Farida Ariffin, kerisauan berkaitan gangguan seksual bersama peguam kes gangguan seksual Datuk David Morals dan ahli pakar Anti-Gangguan, Buli dan Diskriminasi Emillia Sharff.  Bukan itu sahaja, soalan-soalan berkaitan wanita dan kanak-kanak dan program vaksinasi Covid-19 bersama Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya, Dr Adeeba Kamaruzaman dan doktor terkenal sosial media Dr Malar Santhi turut dikupaskan. 

Kalau korang nak tahu topik apa lagi yang bakal dikupaskan, jangan lupa tonton ‘Women Talk’ setiap hari Sabtu, pukul 5 petang hanya di TV3. Korang juga boleh tonton program bual bicara ini di www.tonton.com.my dan saluran rasmi TV3 di YouTube. Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia. 

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×