Pelakon, Siti Saleha akhirnya berkongsi wajah anak sulungnya, Indra kepada umum selepas beberapa minggu mengumumkan berita kelahiran cahaya mata pertama.

Artikel Berkaitan: Siti Saleha Selamat Timang Cahaya Mata Sulung Lelaki- ‘Hello, Nama Saya Indra’

Dedah wajah Indra

Menerusi hantaran di Instagram, Siti Saleha atau nama penuhnya Siti Saleha Mohd Baharum, 36, memuat naik beberapa keping gambar yang merakamkan momen istimewa sesi fotografi bersama suami dan anak mereka.

Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian apabila wajah Indra menjadi bualan hangat di ruangan komen dengan rata-rata netizen tidak henti-henti memuji kecomelan bayi itu.

Malah, ada yang mengatakan wajah Indra kelihatan unik dengan raut wajah kacukan dan persis anak ‘mat salleh’.

Begitu itu, perkata tersebut tidak menghairankan memandangkan Saleha dan suaminya masing-masing memiliki darah kacukan.

Untuk rekod, Saleha mendirikan rumah tangga dengan Joshua pada 15 Februari 2025 dan sebelum ini berkongsi khabar gembira menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka pada 13 Januari lalu.

Sumber: Instagram