berita

Siti Sarah Dedah Pernah Dipanggil Dengan Nama Binatang

April 1st, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Menerusi perkongsian penyanyi Siti Sarah Raissudin di laman Instagram, dia mengakui bahawa pernah berdepan dengan pelbagai rintangan ketika awal-awal dirinya bergelar sebagai anak seni.

Sering diejek kerana fizikalnya

Walaupun hanya bakatnya yang dikenali, Siti Sarah juga sering diejek kerana fizikalnya pada ketika itu. Katanya lagi, sebelum ini dia mengalami kesukaran untuk mendapatkan ‘job’ dalam bidang seni. Perkara sama juga dialami oleh anak seni lain yang mempunyai paras rupa. Namun, dengan bantuan wartawan, dia menyertai beberapa siri photoshoot bagi mempromosikan dirinya.

Macam mana aku nak jual budak ni, rupa dia susah nak jual…

Ada yang panggilnya dengan nama bintang

Dedahnya lagi, ada yang mengata mengenai hidungnya dan ada juga yang memanggilnya dengan nama binatang. Walaupun dikutuk, namun dia tetap tabah mencari rezeki memandangkan mempunyai tanggungjawab besar mencari rezeki untuk keluarga.

Belum lagi part orang luar yang mengata Sarah. Dulu pun dah ada netizen tau! Muka tak lawa la, mengata hidung Sarah la, panggil Sarah dengan nama binatang. Ape je binatang yang diorang tak ejek?

Lebih malang, selepas melahirkan anak pertama, suaranya tiba-tiba hilang menyebabkan dirinya sukar untuk bekerja seperti sebelum ini.

Selepas melahirkan anak pertama, secara tiba-tiba, suara Sarah hilang, bila suara hilang, pendapatan pon hilang. Masa tu memang rasa Allah tarik satu punca rezeki sebab Sarah hanya tau menyanyi sahaja. Satu tahun lebih jugak laaa, lepastu mengandung lagi anak kdua. Sama juga suara masih tak keluar Sarah dah fikir, sampai bila nak macam ni?

Sumber : Siti Sarah

SKIP THIS AD ×