Penyanyi Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 5.13 pagi hari ini di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Bidadari syurga dah pergi
Berita duka itu dikongsi suaminya, Shuib di akaun Instagram (IG) miliknya, sebentar tadi.
5.13 pagi pada 9 Ogos 2021 bidadari syurga saya pergi buat selamanya. Mohon sedekahkan Al-Fatihah.
Terima kasih tak putus bagi sokongan
Dalam pada itu, pihak pengurusan penyanyi bersuara emas itu, Indigital Music mengucapkan terima kasih kepada orang ramai kerana tidak putus mengirimkan doa serta sokongan.
Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus memberikan doa serta sokongan kepadanya sejak dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lalu.
Sebarang maklumat lanjut akan disalurkan dari semasa ke semasa. Al-Fatihah.
Siti Sarah meninggal dunia selepas bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19.
Sumber: @shuibsepahtu