berita

Sitkom ‘Yo Lah Tu’ Di TV9 Bermula 5 Februari! Ada Janna Nick, Atu.. Confirm Tak Kering Gusi!

February 3rd, 2021 | by Zulaikha
Shout Out!

Buat peminat setia TV9, korang semua bakal disajikan dengan sitkom Yo Lah Tu! yang akan mula bersiaran pada 5 Februari ini. Sitkom ini akan bersiaran selama 60 minit dan mempunyai 13 episod.

Sitkom Yo Lah Tu! ini telah diarahkan dan diterbitkan oleh Ahmad Zainuddin Abdullah.

Sinopsis sitkom

Sitkom Yo Lah Tu! mengisahkan kehidupan realiti anak muda yang baru sahaja menapak di ibu kota Kuala Lumpur yang mempunyai angan-angan yang tinggi dalm mengejar cita-cita mereka. Sitkom ini dibintangi oleh Janna Nick, Noor Khiriah, Atu dan Jiggy. Namun, di sebalik kehidupan di kota metrapolitan ini terselit 1001 cabaran yang perlu ditempuh oleh mereka.

Ibu kota Kuala Lumpur sering kali menjadi mimpi indah penghuninya. Keluar dari fantasi berdepan dengan realiti. Jadikan mimpi itu satu kenyataan!

Kisahnya bermula apabila dua orang sepupu menerusi watak Hanif dan Eyka yang tinggal di rumah ibu saudara mereka yang dikenali sebagai Aunty Rocky. Tidak berakhir di situ, Hanif turut mengajak sepupu yang lain dikenali sebagai Bad untuk turut tinggal di rumah yang sama.

Dijadikan cerita, mereka bertiga pernah menuntut di kolej yang sama. Bila dah berjaya menamatkan pelajaran dengan cemerlang. Masing-masing menyimpan hasrat yang tinggi untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan yang mereka ada. Tidak berakhir di situ, setiap watak mempunyai karakternya yang tersendiri yang akan membuatkan sitkom ini lebih menarik.

Namun, persoalannya adakah mereka mampu mendapatkan pekerjaan di industri yang semakin mencabar ini? Adakah impian mereka bertiga di ibu kota akan tercapai? Nantikan sitkom Yo Lah Tu! di TV9 setiap Jumaat jam 8.30 malam.

Sitcom ini dibawakan khas oleh Cuepro Productions .

SKIP THIS AD ×