Tak dinafikan, setiap pasangan suami isteri pasti mengimpikan perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga. Namun setiap rumah tangga ada pasang surutnya, ada kalanya bahagia ada masanya bermasam muka bila tidak sependapat. Namun itu lumrah dalam sesebuah perhubungan.
‘Nissa lagi hebat dari perempuan itu’
Baru-baru ini, seorang pengguna Facebook yang dikenali dengan nama Kyrana berkongsi kisah rumah tangga rakannya, Nissa yang dilanda badai di mana perjalanannya sama seperti drama bersiri ‘Layangan Putus’.
Menceritakan kisah itu, Kyrana memaklumkan suami Nissa telah berlaku curang dengan wanita lain. Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati si isteri apabila perkahwinan yang dibina selama lapan tahun akhirnya musnah dalam sekelip mata sahaja angkara orang ketiga yang bergelar ‘perampas’. Kyrana turut mempersoalkan bagaimana si perampas tergamak menjalinkan hubungan dengan suami orang dan langsung tidak memikirkan nasib anak-anak.
Kalau dilihat dari sudut mana pun, Nisa lagi hebat daripada perempuan itu.
‘Saya lepaskan awak dengan Bismillah’
Sementara di Facebook Nissa, wanita ini seakan sudah pasrah dengan nasib yang menimpa dirinya selain berharap agar si suami bahagia dengan pilihan baharunya.
Alhamdulillah, semoga berkekalan selamanya. Aku ikhlaskan 8 tahun ku dengannya. Saya harap awak gembira dengan perempuan itu dan semoga tiada penyesalan di masa hadapan. Saya lepaskan awak dengan Bismillah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dengan situasi wanita ini dan mereka mendoakan agar Nissa diberi kebahagiaan kelak.
Sabar sis jangan terlalu banyak fikir, kasihan anak-anak.
Suaminya tak tahu bersyukur kerana dikurniakan isteri cantik, hidup bahagia dan dikurniakan sepasang cahaya mata tapi tetap juga curang. Sabar ya awak, semoga suami diberi tunjuk ajar dan semoga matanya cepat sembuh agar dapat melihat dengan jelas mana yang cantik dan mana yang tidak.
Sumber: Facebook