berita

Situasi-Situasi Ni Memang Bikin Gerun Time Sekolah Dulu! Lagi-Lagi No.2 Tu!

November 5th, 2018 | by Azyan
Kini Trending

Bila teringat balik time sekolah dulu memang lawak habis. Kadang tu bendanya remeh je, tapi dramanya lebih kalah sinetron! Ada tu, belum kena marah dengan cikgu lagi dah meraung macam hilang anak! Padahal time sekolah tu admin rasa admin dah kental habis lah.

Konon tak takut cikgu, tak takut pengawas tapi bila buat salah.. ha ketaq jugak lutut ni! Bukan tu je, ada jugak perkara yang kalau tanya dekat orang yang lahir tahun 90-an, memang diorang akan setuju dengan kenyataan ni!

Adoi, kenapa nama kena panggil time perhimpunan ni!

Ini rasanya semua orang pun takut. Korang bayangkan jelah, masa perhimpunan semua orang kat sekolah tu berkumpul kat satu tempat. Dari cikgu, kerani, eh semua lah! Lepas tu tiba-tiba nama korang kena panggil, mestilah takutkan? Takut, gemuruh, malu semua ada!

Esok hari ambik report card..Apalah cikgu cakap kat mak ayah nanti..

Admin pernah tak tidur malam tau sebab takut punya pasal. Kadang-kadang kita ni takdelah jahat sangat pun dekat sekolah, nakal tu ada lah kan. Tapi bila memikirkan yang cikgu berjumpa dengan ibu bapa tu memang buat hati tak keruan lah!

Lambat sampai sekolah.. Mesti kena berdiri kat depan..

Punyalah takut dulu kalau lambat sampai sekolah. Lewat seminit pun dah tutup pagar tau. Dah la kena tutup pagar, kena diri kat depan pulak tu. Kalau tak pun, lepas perhimpunan pendek pagi tu kena kutip sampah kat padang. Haih!

Kena tulis nama dengan pengawas! Adoi mesti kene panggil dengan cikgu disiplin!

Time sekolah dulu mesti ada sorang pengawas yang korang anti! Sebab pengawas tu suka betul tulis nama orang dan cari kesalahan orang. Dah la lepas tulis nama tu dia terus kasi dekat cikgu disiplin! Seram weh bila nama kena panggil pergi bilik disiplin.. Tak tahu apa yang menanti kat bilik tu..

“Nenek awak nak baca ke kat rumah?” Ayat wajib kalau tertinggal buku..

Betul tak tipu, memang ni ayat wajib kalau tertinggal buku. Tapi kadang-kadang memang tak sengaja pun. Bila tengok buku takde dalam beg rasa darah dalam badan semua hilang! Nak suruh parents hantar, susah sebab parents kerja.  Ha apa lagi menjawab lah dengan cikgu..

Lupa bawak baju PJ!

Situasi ni bercampur lah, korang takut kena marah dan juga korang tak selesa. Mana tak nya kalau korang tak bawak baju PJ, sure kena berlari pakai baju sekolah! Keliling padang tau. Bukan sekali tapi tiga round! Denda tak bawak baju lagi dah 4 round! Melekit rasa!

Banyak betul memori zaman sekolah dulu kan? Sekarang ni banyak dah berubah tau!

Betul tu, memang banyak memori masa sekolah dulu yang kita tak boleh nak dapat lagi dah sekarang. Masa sekolah tu kita tak sangka pun pengalaman atau kenangan tu akan menjadi salah satu kenangan terindah kita. Bila dah mula bekerja ni lah baru nak teringat-teringat dan rasa betapa berharganya masa sekolah. Tak stress dan yang paling best, hari-hari jumpa kawan-kawan.

Ada banyak perkara yang akan berubah semenjak kita habis sekolah. Antaranya Kementerian Pendidikan Malaysia akan melancarkan Dekad Bahasa Kebangsaan yang akan melakar pelan komprehensif untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan utama!

Pada tahun 2020, Bahasa Malaysia akan menjadi bahasa rasmi dalam pembelajaran!

Wow! Berita baik ni! Bahasa ibunda kita bakal jadi bahasa rasmi dalam pembelajaran! Pelan komprehesif ini kalau korang nak tahu dibuat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pilihan utama dalam kalangan penutur bahasa Melayu di Malaysia.

Bukan tu je, ia juga bakal digunakan di rantau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN), seterusnya menjadi bahasa popular di persada dunia!

Antara inisiatif pelaksanaan Dekad Bahasa Kebangsaan (2020-2030) ni ialah:

1- Memperkasakan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang mencakupi pelbagai bidang dan sektor di Malaysia.

2- Memperkasakan perancangan dan pemupukan bahasa Melayu tinggi bagi membentuk tamadun bangsa Malaysia yang berbudaya dan berakhlak mulia.

3- Merealisasikan bahasa melayu sebagai wadah pembangunan negara

4- Mengantarabangsakan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Asean dan menjadikan Malaysia sebagai pusat persuratan Melayu terulung di dunia!

Seronoknya dengar! Rasa semangat dan cintakan negara tu akan lagi menebal dalam diri kita kan? Dengan adanya insiatif seperti ini, martabat bahasa Melayu sebagai lingua franca akan diangkat semula dalam pelbagai bidang di semua peringkat!

Admin berharap pelan ini akan berjaya dan rakyat Malaysia akan menyahut inisiatif ini untuk Malaysia yang lebih gemilang!

 

SKIP THIS AD ×