berita

Skill Livestreaming Korang Power? Sertai & Bersinarlah Di Laztalent One Stream To Fame Lazada!

January 22nd, 2021 | by Azyan
Shout Out!

Livestreaming merupakan antara perkara paling in sekarang. Bukan saja di Malaysia tapi di seluruh dunia! Sekarang pun kalau korang perasan dekat Lazada ada ramai peniaga buat livestreaming jual produk mereka.

Memandangkan dunia mula bertukar ke dunia pendigitalan, Lazada mengambil peluang ini untuk mempertingkatkan platform mereka dan memberi peluang kepada para peniaga untuk menaikkan jualan.

Selain itu, Lazada juga merupakan antara platform yang menyokong dan memperkasakan para content creators dan influencer dengan skill yang betul. Skill tersebut kemudian akan digunakan apabila mereka membuat livestreaming untuk menjana lebih pendapatan ketika PKP 2.0 ni!

Kini, Lazada melancarkan program LazTalent One Stream To Fame. Kalau korang nak tahu, program musim pertama telah pun berlangsung pada tahun lalu!

Pemenang musim pertama berjaya asah kemahiran & mendapat lebih perhatian!

Korang mesti tertanya-tanya apa manfaat yang para peserta dapat bila menyertai pertandingan ni kan? Ha, ia bukan sekadar program tau. LazTalent mampu memberi anjakan kepada para peserta untuk melakukan lebih dari apa yang mereka rasa mereka boleh buat. Macam pemenang-pemenang musim pertama ni!

Shaun Stephen, pemenang tempat pertama LazTalent menyertai pertandingan ini untuk mendapatkan lebih pendedahan sebagai seorang emcee, yang mana antara profesion yang terjejas akibat pandemik Covid-19!

Dan setakat ini, Shaun telah pun menjadi co-host di samping Ain Edruce, Lazada’s Chief Discount Officer (CDO) untuk pelbagai acara seperti Lazada 9.9 CDO Show, Lazada 11.11 dan macam-macam lagi!

Manakala, pemenang tempat kedua, Lily Shah, menyertai program LazTalent musim pertama untuk menguji skill livestreaming beliau di samping ingin memperluaskan kemahiran dalam dunia ECommerce.

Di Laztalent, beliau merupakan pengacara program mingguan ‘Baby Boss Show’, ‘Wallet Goes Offline’ show dan pelbagai acara mingguan lain.

Semetara pemenang tempat ketiga, Muhammad Danial pula, ingin mencuba sesuatu luar dari zon selesa beliau. Kini, beliau merupakan host ‘Selera Lazada’ dan ‘What’s Lazat” di mana beliau review makanan-makanan yang sedap sambil berikan baucar kepada penonton livestream tersebut.

Adakah korang salah seorang LazTalent Star Lazada musim kedua?

Ha, semua pememang dapat bahagian masing-masing dalam platform Lazada. Sememangnya bukan program yang sia-sia! Korang bukan saja dapat meningkatkan skill dan kemahiran tapi korang juga dapat tempat untuk memperluaskan bakat yang ada di platform yang betul.

Kalau korang berminat untuk jadi LazTalent musim kedua, korang bolehlah cuba join!

Cara-caranya ialah:

  1. Klik di sini untuk mulakan proses penghantaran penyertaan
  2. Log in dan klik butang ‘Join LazTalent’
  3. Rekod trial livestream berdurasi 1 minit. Korang boleh pilih untuk memperkenalkan produk atau diri sendiri se-kreatif yang boleh!
  4. Penyertaan akan dibuka sehingga Ahad,24 Januari 2021 ni!

Seramai 12 orang peserta akan disenarai pendekkan untuk menerima latihan dengan team LazLive dan mentor KOLs!

Di setiap pusingan, peserta akan dinilai berdasarkan kemahiran jualan, kemahiran pengacaraan, pengetahuan mengenai produk yang dijual dan berapa ramai yang menonton livestream tersebut.

Wahhh, menariknya pertandingan ni! Apa hadiahnya ya?

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang sebanyak RM5,000. Pemenang kedua dan ketiga pula akan memenangi RM3,000 dan RM2,000 setiap seorang.

Selain itu, ketiga-tiga pemenang akan mendapat kontrak 1 tahun dari Lazada Malaysia. Bestnya, dah menang boleh kerja dekat platform e-dagang nombor 1 di Malaysia pulak tu!

So, korang apa lagi? Jangan lepaskan peluang menarik ni! Silap-silap korang dan juga produk jualan korang dua-dua terus pergi jauh lepas sertai pertandingan ni!

Untuk maklumat lanjut korang boleh klik dekat sini!

SKIP THIS AD ×