
Kalau kita tengok realiti sekarang, kos rawatan asas di klinik swasta boleh jadi agak membebankan, terutama untuk golongan B40. Bayangkan kalau anak kecil tiba-tiba demam panas tengah malam, mahu tunggu hospital kerajaan memang boleh makan masa berjam-jam. Itu belum kira nak beratur panjang dan tunggu nombor dipanggil.
Namun, berita baik untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di mana kerajaan dah lancarkan Skim Perubatan MADANI (SPM) yang menawarkan akses rawatan asas di klinik swasta panel secara percuma!
Dan yang lebih penting, dalam Belanjawan 2025, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk skim ini bagi memastikan lebih ramai rakyat B40 dapat rawatan cepat tanpa terbeban dengan kos perubatan.
Apa yang boleh dirawat bawah Skim Perubatan MADANI?
Jangan risau, skim ni memang fokus pada masalah kesihatan ringan dan akut — yang selalu jadi punca orang nak cepat dapatkan rawatan. Antaranya:
- Demam, batuk & selsema
- Cirit-birit & muntah
- Luka kecil, terseliuh atau sakit otot ringan
- Sakit kepala atau pening berpanjangan
- Cucian luka & ubat-ubatan asas
Menyasarkan 700,000 pesakit menjelang akhir tahun ini, Skim Perubatan MADANI setakat ini sudah menerima 410,078 pesakit setakat akhir Julai.
Jadi kalau anak demam, atau mak ayah tiba-tiba cirit-birit, tak perlu lagi risau nak keluar duit tambahan. Pergi je klinik panel, tunjuk MyKad, dan terus dapat rawatan.
Berapa manfaat yang disediakan?
Skim ini bagi baki manfaat tahunan mengikut kategori:
- Isi rumah berkeluarga – sehingga RM250 setahun
- Warga emas tanpa pasangan – sehingga RM125 setahun
- Individu bujang – sehingga RM75 setahun
Setiap kali anda dapat rawatan di klinik panel, jumlah kos akan ditolak terus daripada baki manfaat ni. Kalau baki habis, barulah anda perlu bayar sendiri.
Apa Kata Mereka Yang Memanfaatkan Skim Perubatan MADANI?

Puan Lailatul Ashikin selaku ibu kepada lima anak dan merupakan suri rumah tampil berkongsi pengalaman memanfaatkan Skim Perubatan MADANI yang disediakan pihak kerajaan.
1. Berapa kali anda telah menggunakan Skim Perubatan MADANI untuk lawatan ke klinik (GP)?
Saya sudah dua kali menggunakan Skim Perubatan MADANI di klinik.
2. Adakah skim ini membantu ketika anda atau keluarga anda jatuh sakit? Jelaskan mengapa?
Skim Perubatan MADANI sangat membantu bila mana untuk mendapat rawatan yangg cepat dengan klinik yang dekat kediaman.
3. Adakah mudah untuk membuat tuntutan di bawah perlindungan Skim Perubatan MADANI?
Sangat mudah
4. Adakah anda rasa kerajaan perlu meneruskan inisiatif ini? Mengapa?
Perlu kerana sebagai 1 pilihan untuk mendapatkan rawatan sakit selain Doktor di hospital kerajaan
5. Adakah anda merasakan akses kepada rawatan kesihatan menjadi lebih mudah selepas adanya Skim Perubatan MADANI?
‘Sangat Memudahkan Pesakit Khususnya Penerima Sumbangan Tunai Rahmah’ – Dr. Ahmad Ramdan
Menurut Dr. Ahmad Ramdan selaku doktor U.n.i Klinik Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Skim Perubatan MADANI sangat memudahkan penerima Sumbagan Tunai Rahmah dalam mendapatkan rawatan.
Pihak klinik sedia untuk menyemak kelayakan pesakit sebelum meneruskan rawatan melibatkan rawatan-rawatan akut melibatkan demam, batuk, selsema, terseliuh dan sebagainya.
Dr. Ahmad Ramdan juga turut bersetuju agar Skim Perubatan MADANI ini diteruskan oleh pihak kerajaan.
4 Langkah Mudah Untuk Menggunakan Skim Perubatan MADANI
- Semak kelayakan
Kalau anda penerima STR, biasanya kelayakan adalah automatik. Untuk lebih yakin, boleh check di portal rasmi ProtectHealth atau dalam aplikasi MySejahtera. - Cari klinik panel berdekatan
Klinik panel yang ambil bahagian dalam skim ni biasanya akan tampal pelekat khas ‘Skim Perubatan MADANI’. Atau anda boleh semak senarai klinik melalui laman rasmi ProtectHealth. - Pergi dapatkan rawatan
Bawa MyKad anda. Klinik akan sahkan kelayakan secara online. Lepas tu, doktor akan terus bagi rawatan & ubat macam biasa. - Semak baki manfaat
Selepas rawatan, anda akan dapat SMS/notifikasi baki manfaat yang tinggal. Senang kan?
Kenapa skim ini penting untuk rakyat B40?

- Kurangkan beban kewangan
Tak perlu lagi risau kos rawatan di klinik swasta yang selalunya mahal. - Rawatan lebih cepat
Tak perlu tunggu lama di hospital kerajaan untuk kes-kes ringan. - Dekat dengan rumah
Klinik swasta panel ada di banyak kawasan, termasuk bandar & luar bandar. - Kesihatan keluarga lebih terjaga
Tak ada alasan lagi nak tangguh rawatan bila sakit sebab kos dah ditanggung.
Dengan peruntukan RM100 juta dalam Belanjawan 2025, Skim Perubatan MADANI bukan sekadar janji tapi pelaburan besar kerajaan untuk kesihatan rakyat.
Dari demam, selsema, cirit-birit sampai luka kecil, semuanya boleh dapat rawatan cepat di klinik swasta panel, khas untuk penerima STR.
Kalau anda penerima STR, jangan lepaskan peluang ni. Semak kelayakan, cari klinik panel terdekat, dan gunakan manfaat yang disediakan. Kesihatan lebih terjaga, poket pun tak terbeban.





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
