berita

SKMM Pesan Rakyat Malaysia Supaya Jangan Sebar Gambar, Video Jalur Gemilang Terbalik

August 23rd, 2019 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Tak lama lagi Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-62. Pasti korang semua sedang sibuk menghias halaman rumah, sekolah, pejabat dan kenderaan korang dengan bendera Malaysia kan? Maklumlah, bendera kan lambang kedaulatan bagi sesebuah negara.

Buat korang yang belum kibarkan Jalur Gemilang, rasanya masih sempat lagi kot untuk lakukan persiapan tersebut. Paling penting, korang jangan kalut dan salah pasang bendera secara terbalik seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Jangan sebarkan gambar dan video tersebut

Menerusi laporan Sinar Harian, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihatkan seluruh masyarakat Malaysia agar tidak menyebarkan gambar atau video dengan paparan Jalur Gemilang yang dinaikkan secara terbalik, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Nasihat tersebut merupakan hasil pemerhatian agensi tersebut yang mendapati terdapat penularan gambar dan video berkaitan Jalur Gemilang dinaikkan secara terbalik, sedangkan insiden berkenaan tidak disengajakan atau telah lama berlaku. Walau bagaimanapun, SKMM tidak menolak kemungkinan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mengubahsuai gambar-gambar berkenaan untuk agenda jahat mereka.

Tidak sebarkan kandungan palsu

Sehubungan itu, SKMM menasihatkan kepada pengguna media sosial agar tidak menyebarkan gambar-gambar sedemikian, yang boleh menyemai kebencian dan kemarahan orang ramai. Pengguna internet juga disarankan agar meningkatkan kawalan kendiri ketika mengakses internet dan tidak menggunakan platform berkenaan untuk menyebarkan kandungan-kandungan palsu.

Premis gantung bendera terbalik

Terdahulu, sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap, Kuantan, Pahang, diarahkan memberi penjelasan mengenai kejadian memasang Jalur Gemilang secara terbalik. Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), Hamdan Hussin, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Isnin lalu.

Pemilik premis diberikan tempoh 3 hari untuk memberi penjelasan dan saya difahamkan tempoh ini akan berakhir esok. Setakat ini, kami masih menanti jawapan mereka.

Tambahnya, premis tersebut boleh dikenakan kompaun sehingga RM500 mengikut Akta Kerajaan Tempatan sekiranya gagal mengemukakan surat dan penjelasan yang diminta pihak MPK.

Sumber: Sinar Harian & Free Malaysia Today

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×