berita

Skrin Digital Di KL Ini Bikin Ramai Terkejut, Nampak ‘Real’ Macam Betul-Betul Depan Mata!

May 6th, 2021 | by Wan
Kini Trending

Orang ramai yang melalui jalan Jalan Ampang, berhadapan dengan Menara Berkembar Petronas terkejut melihat skrin digital terbaru yang berada di persimpangan jalan itu. Mana tidaknya, paparan 3D yang dipaparkan membuatkan objek di dalam skrin itu kelihatan ‘hidup’ dan betul-betul berada di depan mata!

Big Tree, peneraju pasaran industri pengiklanan luaran di Malaysia, juga anak syarikat milik Media Prima Berhad telah melancarkan CuBig @ KLCC Junction, skrin digital terbaru dan terbesar syarikat ini. Skrin unik ini pastinya akan menarik perhatian pengguna jalan raya dan pejalan kaki di persimpangan antara Jalan Ampang, Jalan Yap Kwan Seng, dan Jalan P. Ramlee.

Macam ‘real’

 

Skrin digital CuBig @ KLCC Junction mempamerkan paparan yang jelas dan keupayaan anamorfik di mana orang ramai mampu melihat paparan 3D seperti kehidupan sebenar pada skrin digital bersaiz besar. Teknologi seni digital ini menawarkan pandangan stereoskopik 3D dari sudut tertentu membenarkan khalayak ramai melihat kedalaman dan kekukuhan visual yang dipamerkan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Shukor Ariffin berkata skrin bersaiz besar ini bakal menarik perhatian orang ramai yang melalui jalan tersebut.

Pengiklanan luaran memangkin kekukuhan hubungan pelanggan dengan pengguna dengan cara memikat perhatian khalayak ramai semasa mereka menjalankan rutin harian. Skrin bersaiz besar ini mampu memukau ramai pengguna jalan raya di pusat bandar, terutama sekali ketika berada di persimpangan jalan raya utama ini

Pelancaran ini dilakukan secara atas talian. Nama “Impulse by Big Tree” telah dipilih sebagai nama pelancaran untuk memenuhi pemahaman bahawa media pengiklanan luaran melahirkan kesedaran jenama pengiklan serta mempengaruhi naluri tingkah laku pengguna.

SKIP THIS AD ×