berita

Smartphone Ni Memang Boleh Buat Korang Jatuh Cinta. Warna Ungu Terpaling Menawan Dari HONOR Magic5 Pro!

August 22nd, 2023 | by Nurul
Editorial Support

Haa..untuk para gadis yang tengah survey nak beli smartphone tu, min nak rekomen satu smartphone yang akan buatkan korang jatuh hati!

Smartphone yang admin maksudkan ni adalah HONOR Magic5 Pro dan lebih istimewa, sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun ini, HONOR membawakan HONOR Magic5 Pro Coral Purple edisi terhad!

Menampilkan warna ungu lembut dan didatangkan bersama panel belakang yang dibalut dengan Vegan Leather, HONOR Magic5 Pro kelihatan gah serta premium dan dalam masa yang sama sangat manis untuk wanita-wanita di luar sana.

Tapi bukan hanya rekaannya yang cantik semata-mata, malah HONOR Magic5 Pro yang telah dilancarkan hampir setengah tahun ini telah menerima banyak komen positif dari penggunanya seperti:

1. Memenangi anugerah DXOMARK

Untuk pengetahuan korang, HONOR Magic5 Pro telah menerima dua anugerah DXOMARK untuk skrin dan kamera berkuasa, sekaligus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju dalam pasaran flagship mewah.

Bukan itu saja, sejak pelancarannya pada tahun ini, siri HONOR Magic5 terus unggul dengan ciri-ciri teknologi tercanggih dalam pengimejan dan skrin, dengan ciri Falcon Camera, di mana ia mampu merakam setiap detik berharga hanya dalam beberapa milisaat dengan jelas.

Bahkan, gambar yang diambil juga memiliki kualiti HD dengan warna yang sangat vibrance.

HONOR Magic5 Pro juga dilengkapi dengan fungsi perlindungan mata yang terkemuka dalam industri, seperti 2160Hz PWM Dimming, Circadian Night Display dan Dynamic Dimming.

Fungsi ini bukan sahaja telah terbukti dapat melindungi mata, sekaligus merangsang tidur yang lebih nyenyak.

2. Dilengkapi dengan sistem tiga kamera 50MP

Dah nama pun telefon pintar, kamera mestilah canggih!

Haa..HONOR Magic5 Pro didatangkan dengan sistem tiga kamera 50MP, di mana ia mampu zoom sehingga 100x tau. Wow!

Manakala dengan fungsi Millisecond Falcon Capture pula korang boleh menangkap mana-mana subjek bergerak secara automatik. Memang sangat mudah digunakan sebab korang tak perlu tekan mana-mana butang pun.

Sesuai sangat kalau korang nak tangkap gambar haiwan di zoo, kenderaan yang sedang bergerak ataupun ketika artis kesayangan korang sedang membuat persembahan di konsert. Lepas ni boleh lah korang menikmati detik-detik indah dalam hidup korang tanpa perlu khuatir dengan kualiti gambar atau video korang!

3. Jangka hayat bateri yang lama 

Selain kamera dan skrin yang bagus, jangka hanya bateri telefon pintar juga sangat penting. HONOR Magic5 Pro memiliki bateri berketumpatan Ultra-tinggi iaitu 5,100mAh yang mampu bertahan sehingga 10 jam sehari dalam penggunaan minimal. Fuyoo!

HONOR tawar promosi dan hadiah menarik bernilai sehingga RM10 juta!

Kalau korang nak tahu, Siri HONOR Magic5 Coral Purple edisi terhad akan tersedia untuk rakyat Malaysia mulai 25 Ogos ini tau.

Lebih menarik, bermula 25 Ogos sehingga 17 September ini, korang akan berpeluang mendapatkan Siri HONOR Magic5 daripada RM2,999 sahaja tau. Yay!

Yang bestnya, harga ini bukan hanya untuk Coral Purple tau, tetapi juga untuk warna Meadow Green dan Classic Black. Banyak tau yang korang boleh jimat!

Bukan itu saja, selain promosi ini, korang juga berpeluang untuk memenangi hadiah bertuah berupa HONOR Magic5, mesin kopi NESCAFÉ dan Bluetooth headset!

Untuk menang, apa yang korang perlu lakukan ialah beli telefon pintar atau tablet HONOR dan post gambar korang di media sosial berserta hashtag #HONORMerdeka2023.

Mudah je kan! Jadi apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang keemasan ni dan dapatkan HONOR Magic5 Pro hari ini juga di kedai HONOR berdekatan korang.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web HONOR.  

SKIP THIS AD ×