berita

Snek Kucing Terbaik? Join Peraduan Sentiasa SmartHeart & Hadiah Menarik Menanti Korang!

September 7th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Korang ada pelihara kucing di rumah? Kalau ada, memang bagus sebab memelihara kucing sebenarnya boleh jadi terapi. Stres korang boleh hilang dengan hanya melihat keletah kucing yang comel dan manja.

Kalau stres dapat tengok gambar Si Comel korang pun dah rasa happy. Sebab itu jugalah, korang mesti nakkan yang terbaik untuk Si Comel korang.

Berikan Si Comel korang SmartHeart Cat Lick!

Haa.. Senang je nak berikan yang terbaik untuk Si Comel korang. Perkenalkan SmartHeart Cat Lick, snek popular yang lengkap dengan nutrien seimbang untuk semua baka kucing. Si Comel pasti makin sayang korang nanti!

Anak kucing boleh makan tak?

Tekstur SmartHeart Cat Lick sangat halus sampaikan anak kucing pun boleh makan. Kalau Si Comel sakit dan tiada selera makan, boleh masukkan dalam syringe dan berikan kepada mereka. Barulah Si Comel bertambah sayang kat korang.

Korang boleh rujuk panduan pemakanan SmartHeart Cat Lick untuk Si Comel korang kat bawah ni.

Flavour apa je yang ada?

Ada 6 pilihan citarasa untuk SmartHeart Cat Lick, iaitu Tuna, Ayam, Salmon, Sotong, Ayam dan Susu Kambing serta Tuna dan Susu Kambing. Apa yang kami boleh katakan, tiada kucing yang akan tolak semua citarasa ni. Si Comel pasti berselera!

Bentuk paketnya macam mana?

SmartHeart Cat Lick didatangkan dalam bentuk sachet. Korang hanya perlu potong, picit dan hidang je. Senang gila. Selain untuk Si Comel tersayang di rumah, korang boleh letak dalam beg dan beri kepada kucing jalanan.

Apa yang Si Comel dapat dengan snek ni?

SmartHeart Cat Lick adalah snek terbaik dan popular diberi kepada kucing. Ini antara faedah SmartHeart Cat Lick untuk Si Comel korang.

  • Pencegahan plak untuk nafas segar.
  • Penjagaan kolagen untuk kulit yang sihat.
  • Prebiotik untuk penjagaan pencernaan.
  • Glucosamine untuk rawatan sendi.
  • Taurine untuk mata yang cantik.
  • Vitamin C dan E untuk imuniti yang kuat.

Kami yakin dengan SmartHeart Cat Lick, Si Comel akan makin manja dan sayangkan korang. Paling penting, tumbesarannya juga lebih sihat dan baik. Korang boleh dapatkan SmartHeart Cat Lick secara online di SmartHeart Online Shop: www.smartheart.my.

Eh, nanti kejap. Belum habis lagi! Sebelum tu, kami ada berita menarik daripada SmartHeart untuk korang..

Peraduan Survey: Sentiasa SmartHeart, jawab survey ringkas untuk menang hadiah!

Untuk pengetahuan korang, SmartHeart sedang mengadakan Peraduan Survey: Sentiasa SmartHeart bermula 15 Ogos 2020 hingga 31 Oktober 2020. Contest masih berjalan dan belum terlambat lagi untuk korang join!

Sebanyak 500 hadiah menarik berupa beg jalan kucing, makanan kucing dan bantal edisi terhad oleh SmartHeart ditawarkan tau! Rugi kalau korang tak join sebab caranya pun senang sangat.

CARA SERTAI PERADUAN SURVEY: SENTIASA SMARTHEART

  1. Beli mana-mana produk makanan kucing SmartHeart.
  2. Layari ke www.smartheart.my atau muat turun aplikasi mobil SmartHeart.
  3. Jawab soalan survey dan hantarkan penyertaan korang. (KLIK SINI UNTUK JAWAB SURVEY)
  4. Terma dan syarat peraduan: https://perfectcompanion.com.my/contest/peraduansentiasasmartheart/

Jom rapatkan hubungan dengan Si Comel. Cepat dapatkan SmartHeart Cat Lick dan sertai peraduan menarik oleh SmartHeart. Hadiah menarik menanti korang!

Korang boleh layari ke www.smartheart.my untuk info lebih lanjut. Selamat bonding dengan Si Comel!

SKIP THIS AD ×