berita

Soalan tentang Jodoh Buat Aedy Ashraf Tak Nak Balik Kampung Untuk Beraya. Haa.. Apa Dah Jadi?

April 27th, 2022 | by Sya Alkaf
Shout Out!

Soalan ‘bila nak kahwin’ atau apa-apa berkenaan jodoh ni memang biasa didengar anak dara dan teruna ketika beraya. Lagi-lagi dari ibubapa yang kadang-kadang terlebih prihatin tentang soal jodoh anak-anak mereka, yelah dah nama pun ibubapa kan mestilah diorang selalu risau pasal kita :)

Tapi, korang tak perlulah ambil hati sangat tentang perkara ni tau. Jangan pula jadi macam si Aedy Asyraf dalam iklan raya UMW Toyota ‘Kota Raya’ yang merajuk sakan sampai tak nak balik beraya di kampung dah. Semuanya sebab dia tak puas hati asyik dijodohkan ibunya dengan gadis di kampung. Haih.. macam-macam hal!

UMW Toyota persembahkan iklan raya selari dengan tema mereka iaitu ‘Bersama Lebih Bermakna’

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, UMW Toyota tidak ketinggalan untuk menerbitkan iklan raya mereka sendiri yang bertajuk ‘Kota Raya’. Macam yang kita semua tahu, kehidupan di kota raya sekarang adalah serba sibuk untuk semua orang dan alasan ni jugalah  yang Aidil (watak Aedy Ashraf) gunakan untuk tak pulang beraya di kampung.

Tapi sebenarnya, macam mana sibuk atau terasa hati sekalipun raya tetap perlu diraikan bersama agar ianya lebih bermakna. Kerana apalah ertinya raya jika diraikan seorang diri tanpa teman atau keluarga bersama? Cuma si Aidil ni memang keras hati betul, seboleh-boleh dia tak nak balik beraya di kampung.

Haa.. Kalau nak tahu macam mana kesudahan kisah Aidil dan rajuknya korang kena tengok sendiri iklan penuh ‘Kota Raya’ di bawah ni:

UMW Toyota juga tawar duit raya sehingga RM200! Korang kena cepat sebab tempoh kempen dah nak tamat geng!

Berita baik buat korang yang ada perancangan nak tukar kereta sempena raya ni, UMW Toyota nak bagi korang duit raya dengan hanya pandu uji kenderaan pilihan korang di mana-mana pusat jualan mereka tau!

Pandu uji ni penting geng sebab nak beli kereta tidaklah semudah membeli-belah di pasar, ada banyak aspek yang perlu difikirkan sebelum korang membeli kereta baru. Walaupun korang dah tahu pelbagai info tentang kenderaan pilihan korang tu tapi tetap kena pandu uji tau!

Semasa sesi pandu uji nanti bukan sahaja Pegawai Jualan dapat terangkan dengan lebih baik tentang kereta tersebut, tapi korang juga dapat nilaikan sendiri tahap keselesaan pemanduan.

Paling best korang berpeluang untuk dapat RM100 untuk pandu uji atau RM200 ringgit sekiranya korang buat tempahan terus. Wah wah syok betul!

Cara nak menang mudah je geng, korang hanya perlu ikuti langkah di bawah:

  1. Kunjungi pusat jualan Toyota berhampiran (klik di SINI untuk senarai lokasi)
  2. Pandu uji kenderaan Toyota pilihan korang
  3. Imbas kod QR yang tersedia di bilik pameran, isi maklumat dan hantarkan penyertaan korang

30 pemenang bertuah bakal dipilih bagi minggu pertama dan akan diumumkan melalui laman Facebook Toyota Malaysia.

Tapi korang kena cepat tau sebab kempen ni dah pun memasuki minggu terakhir! Kalau lambat melepas lah geng. Jadi jangan bertangguh lagi dan cepat-cepat ke cawangan Toyota berhampiran untuk pandu uji kereta idaman korang.

Mana tahu ada rezeki nak dapat duit raya dan bergaya sakan dengan kereta baru menjelang Aidilfitir nanti!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai kempen pandu uji dan menang duit raya atau promosi bulanan daripada Toyota korang klik di SINI.

Tak tahu nak pilih kereta apa? Jom tengok Vios, bayaran serendah RM 548 & Yaris hanya RM 498 je!

Sekarang UMW Toyota sedanga menawarkan pembiayaan Toyota yang membolehkan korang untuk memiliki Toyota Vios dan Yaris dengan bayaran bulanan serendah RM548 dan RM498 sahaja! Memang sesuai sangat untuk korang yang inginkan kenderaan dengan rekaan sporty serta kaya dengan aspek keselamatan pada harga mampu milik.

Toyota Vios dan Yaris dijamin bakal memberikan korang pengalaman pemanduan yang cukup selesa kerana ia mempunyai kesenyapan ruang kabin yang memuaskan membolehkan korang untuk fokus sepenuhnya kepada pemanduan.

Turut tersedia ada lah sistem audio yang cukup hebat iaitu Apple Carplay & Android Autoready Connectivity (AACP). Baru lah lagi feel nak layan lagu ‘Balik Kampung’ dalam perjalanan pulang beraya nanti geng!

Untuk korang yang mahukan kenderaan yang lebih classy atau trak pikap serba guna, jom tengok Toyota Corolla atau Hilux! 

Dua model ini memang sesuai sangat buat korang yang mahukan kenderaan dengan ruang kabin yang lebih besar dan pastinya selesa untuk seisi keluarga.

Untuk Corolla sekarang tengah ada promosi sehingga RM 3,000 manakala Hilux pula ditawarkan dengan kadar promosi bernilai RM 3,585! Haa.. Untung sangat  kalau korang beli sekarang, jimat duit!

Ciri keselamatan untuk semua kenderaan Toyota memang tak boleh dinafikan lagi sebab mereka sentiasa komited dalam memastikan keselamatans setiap pelanggan terjamin di samping mengetengahkan ciri rekaan yang berkelas tersendiri.

Jika korang berminat nak tahu lebih banyak info tentang promosi bulanan yang dijalankan Toyota korang boleh ke laman web rasmi mereka di SINI.

SKIP THIS AD ×