berita

‘Som Som’ Ira Kazar Dipuji Cukup Rasa Lemak

June 26th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, masakan sotong tumis yang dimasak isteri kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar menerima pujian daripada kakak kandungnya, Yasmin Kazar.

Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dipuji Pandai Masak Sotong Tumis

Artikel Berkaitan: Ira Kazar Dah Mula ‘Upload’ Gambar Syamsul Di Instagram

Lemak rasa

Terbaru, sekali lagi ‘air tangan’ Ira, 27, mencuri perhatian warganet di media sosial. Menerusi Instagram Story yang dimuat naik oleh Wiwie Darvienda Mazweena, dia berkongsi keenakan bubur som som yang dimasak oleh Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin.

Subhanallah Subhanallah. Dulu masa saya duduk sana, tak pernah pun adik ipar saya masak untuk saya.

Lain macam eh dia sekarang. Lemaknya rasa.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon senior Kazar Saisi memberi respon dengan ‘repost’ hantaran terbabit.

Baru-baru ini, nama Ira kembali hangat diperkatakan apabila akhirnya memuat naik gambar Syamsul, 39, di Instagram Story, selepas sekian lama mendiamkan diri.

Terdahulu, Syamsul membuat pengumuman mengejutkan di Instagram apabila mengakui sudah berkahwin dengan Ira pada 6 Januari lalu, di Thailand.

Sekadar info, Syamsul pernah berkahwin dengan aktres Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 namun pasangan ini bercerai talak satu pada 14 Jun lalu.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×