berita

Song Joong-Ki & Katy Tak Kahwin Mac Depan

February 2nd, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Aktor popular Korea Selatan, Song Joong-ki yang bakal menamatkan zaman bujang dengan aktres Britain, Katy Louise Sanders telah mencetuskan pelbagai khabar angin susulan pengumumannya baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Sah! Song Joong Ki Bercinta Dengan Wanita British, Ini Wajah Teman Wanitanya..

Artikel Berkaitan: Song Joong-ki Selamat Berkahwin Dengan Kekasih British, Umum Bakal Jadi Bapa!

Kahwin Mac?

Memetik laporan Allkpop, ada dikalangan peminatnya mendakwa pasangan terbabit bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun ini.

Bagaimanapun, pihak agensi Joong-ki telah tampil mengeluarkan satu kenyataan berhubung status dan perancangan bintang seni di bawah naungan mereka iaitu HighZum Studio, bagi mengelakkan lebih banyak spekulasi tidak jelas tersebar.

Perkahwinan mereka masih dalam perancangan tetapi tidak akan terjadi pada Mac. Buat masa ini tiada sebarang acara yang telah ditetapkan. Mengenai kelahiran bayi, sukar untuk memberi pengesahan kerana itu urusan privasi mereka.

Terdahulu, Song Joong-ki mengesahkan dirinya sedang bercinta dengan Katy Louise Saunders yang kini sudah bergelar suami isteri serta mengumumkan dirinya bakal bergelar seorang bapa.

Sumber: Allkpop

SKIP THIS AD ×