berita

Sophia Albarakbah Gementar Bawa Watak Mangsa Rogol – ‘Jika Naskhah Boleh Naikkan Nama Saya, Tak Salah Mencuba’

January 14th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Pelakon jelita, Sophia Albarakbah mengakui gementar ketika diminta menjayakan babak menjadi mangsa rogol dalam filem Jiwa 8 Belas yang bakal ditayangkan pada 18 Januari ini.

Gementar lakon babak diperkosa

Ketika ditemui OhBulan!, Sophia atau nama sebenarnya Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman berkata, perasaan tersebut muncul memandangkan dia pada ketika itu baru menjejakkan kaki ke dalam industri seni dan filem Jiwa 8 Belas merupakan naskhah pertamanya di awal pembabitannya bergelar pelakon.

Takut dan gementar sebenarnya. Ketika penggambaran dibuat pada 2018, saya masih baharu dan tidak tahu bagaimana hendak menjayakan babak itu.

Semua yang berlakon dalam filem tersebut pun budak baharu, jadi kami kena bincang dengan terperinci untuk pastikan adegan itu ‘hidup’ namun dengan bantuan kru, pengarah dan rakan pelakon di set membuatkan saya rasa selesa. Saya sudah cuba yang terbaik melakonkannya.

Dalam pada itu, Sophia memberitahu bahawa dirinya kini terbuka dan tidak keberatan untuk menerima atau menjayakan babak sedemikian, jika ditawarkan.

Mungkin saya akan pertimbangkan terlebih dulu. Jika naskhah itu baik dan boleh menaikkan nama saya sebagai pelakon, tak salah untuk saya cuba.

Sekadar info, selain Sophia, filem Jiwa 8 Belas terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu turut menampilkan barisan pelakon lain seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, A Galak, Zila Bakarin dan Shah Hazvee, Acap S dan ramai lagi.

SKIP THIS AD ×