Pelakon Sophia Albarakbah tampil menjelaskan gosip berhubung kemesraan dirinya bersama aktor Shahz Jaszle dalam sebuah drama.
Tak berlebihan
Menurut Sophia, dia mula mengenali Shahz sejak Mac lalu bagaimanapun katanya hubungan mereka berdua setakat kawan baik sahaja.
Aktres berumur 29 tahun ini menyatakan dia masih tahu menjaga batas pergaulan supaya tidak keterlaluan.
Saya kenal Shahz, Mac lalu ketika kami sama-sama terbabit dalam projek drama. Saya mengaku dia sangat peramah. Kami kawan baik.
Ditambah sikap kami yang mudah mesra menyebabkan hubungan rapat. Walaupun kami tampak mesra tetapi tidaklah sampai tahap keterlaluan.
Tambah Sophia, keakraban mereka juga diketahui isteri Shahz iaitu Hanis Husna malah pernah keluar bersama sekali dengan anak-anak.
Lagipun, isteri Shahz selalu temani suaminya. Dia pun faham sikap peramah suaminya itu. Kadang-kadang kami keluar bertiga atau berlima bersama anak-anak mereka.
Sophia berkata demikian ketika majlis malam tayangan perdana Jerangkung Dalam Almari di GSC Tropicana Gardens Mall, pada Rabu.
Selain Sophia, Jerangkung Dalam Almari turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar, Fazlina Ahmad Daud, Amerul Effendi dan Isaac Iman.
Tak pernah jumpa
Dalam pada itu, pelakon filem Miimaland turut mengulas mengenai ‘pickup line’ yang dilakukan aktor Sharnaaz Ahmad di Instagram Live, baru-baru ini.
Mungkin dia sekadar bergurau. Saya tidak ambil serius pun perkara itu. Lagipun, saya tak kenal Sharnaaz secara peribadi.
Kami tidak pernah berjumpa… Apa yang saya tahu, kami di bawah syarikat pengurusan sama.
Jerangkung Dalam Almari yang diterbitkan Akid Productions Sdn Bhd milik produser Raja Azmi, bakal menghantui pawagam seluruh negara pada 4 Ogos ini.