
Pelakon Sophia Albarakbah berjaya membuktikan bahawa bakat lakonannya kini semakin mendapat tempat di hati peminat.
Artikel Berkaitan: Sophia Albarakbah Perlu Masa Pulihkan Kesihatan Mental – ‘Rasa Tak Selamat Keluar Seorang’
Artikel Berkaitan: ‘Keluarga Sentiasa Restu Dari Dulu’ – Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Teman Baik
Sophia terharu, gembira
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman, 33, meluahkan rasa syukur gembira apabila lakonannya diterima baik oleh orang ramai.
Alhamdulillah, saya sangat gembira sebab sebagai pelakon kita nak lakonan kita semakin baik.
Ini mungkin permulaan untuk saya memperbaiki lagi lakonan saya dan buat semua orang terkesan dan suka dengan lakonan. Karya seterusnya saya akan bagi lagi terbaik untuk menghiburkan semua.
Enggan lagi dibayangi kontroversi, pelakon drama Keluarga Itu ini menegaskan bahawa dia mahu dikenali menerusi naskhah yang dibawa, bukannya kerana kisah peribadi.
Saya pun nak dikenali dengan lakonan bukan benda-benda peribadi. Saya sangat gembira yang kerja keras saya orang dah perasan.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada sesi tayangan perdana filem Amira Amira, baru-baru ini.
Enggan terus berada di zon selesa, pelakon filem Saka Perawan ini mengakui cuba elak daripada membawa karakter yang sama. Malah dia kini bersedia untuk menggalas tanggungjawab lebih mencabar demi mematangkan lagi kualiti lakonannya.
Sudah semestinya karya yang lagi impak dan berat akan membuatkan penonton lagi suka tapi sebagai pelakon sangat susah nak bawa watak berat, emosi akan sentiasa terkesan dalam kehidupan seharian.
Itu pengorbanan setiap pelakon untuk berjaya dalam karier, watak-watak begitu saya memang kena bawa. Tapi sudah semestinya saya tak nak terikat dengan karakter sama.
Saya nak teroka watak-watak lain juga seperti aksi, ‘period piece’ macam zaman dulu atau orang gila. Kita tengok apa yang diberikan nanti, pengurus saya tahu watak yang terbaik bagi saya.