berita

‘Seorang Dikuarantin, Seorang Kena Sekat’ – Majlis Kahwin Dua Beradik Terbantut Kerana Covid-19

March 17th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Semalam, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai Rabu (18 Mac) hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara. Orang ramai diminta agar menangguhkan semua aktiviti yang melibatkan orang ramai termasuk Solat Jumaat dan majlis perkahwinan.

Di Facebook, seorang wanita meluahkan rasa sedih apabila dia terpaksa dikuarantin selepas disahkan pernah berhubung rapat dengan pesakit Covid19. Lebih menyedihkan, adik lelaki yang juga sepatutnya bersanding bersamanya tidak dapat pulang dari Qatar selepas semua penerbangan dihentikan.

Dikuarantin 14 hari

15 MAC 2020
Dapat arahan untuk saringan COVID-19 sebab aku ada direct contact dengan seorang pesakit pada 12 Mac yang lalu. Pesakit ini telah disahkan positif ncov. Aku dikenakan tindakan kuarantin selama 14hari sehingga keputusan swab aku keluar.

16 MAC 2020
Aku terbangun pukul 3pagi, tak lena tidur dengan keadaan semasa. Serabut rasa. Bukak whatsapp. Adik lelaki aku maklumkan yang dia tak dapat balik untuk majlis kahwin kami nanti. Company dia tak izin dia ke luar negara. Kerajaan Qatar pulak menghentikan penerbangan. Adik aku bekerja di Qatar. Majlis resepsi kami dengan pasangan masing-masing dijangka berlangsung pada 28hb Mac. Okay. Aku redha dan pasrah. Baru kejap tadi pulak diumumkan Perintah Kawalan Pergerakan mulai 18 Mac hingga 29 Mac. Tarikh majlis aku 28 Mac wei. :’) Kad undangan dah edar, semua dah booking, tinggal balik dan sanding je. Tapi takpela. Kita akur dengan arahan pemerintah.

Menurutnya, dia kini menunggu keputusan ujian darah selama 14 hari. Majlis resepsi mereka sepatutnya berlangsung pada minggu hadapan namun terpaksa diganti dengan majlis nikah. Namun adiknya juga tidak dapat balik bersanding memandangkan akur pada arahan pemerintah.

Doakan agar result negatif

 

Sekarang ni adik aku tersadai di Qatar, aku masih dikuarantin. A perfect combo for both of us and our family. Aku taktau apa perasaan mak ayah aku kat kampung. Mak aku paling eksaited masa bincang2 pasal majlis ni dulu. Tapi yalah. Allah Maha Berkuasa. Kita mampu merancang je, Allah yang menentukan segalanya.

Aku cuma berharap result swab aku negatif dan aku boleh balik untuk bernikah. Tiada majlis resepsi. Hanya keluarga terdekat sahaja yang akan menghadiri. Itu pun kalau result aku negatif. Kalau result aku positif, pun takpela. At least masih ada yg positif dalam hidup aku ni :’)

#mentalbreakdown
#pleasequorantineyourself
#dontbeselfish
#jomlawancovid19sama2

Bayangkan tatkala orang lain teruja menunggu hari bahagia, pasangan adik beradik ini terpaksa menghadapi dugaan akibat krisis melanda dunia. Sama-sama kita doakan agar pasangan ini dipermudahkan urusan.

Sumber : Dayang Saedatul Ilmah

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×