Sebuah video seorang wanita mendukung bayi lelaki didakwa anak kepada usahawan selebriti, Neelofa viral di media sosial.
Artikel berkaitan: Genap 6 Bulan Hari Ni, Neelofa Beri ‘Hint’ Wajah Comel Muhammad Bilal
Betul ke ni anak Neelofa
Menerusi satu perkongsian video di laman Tiktok @bebelancikmin, kelihatan video tersebut dibuat untuk menjawab salah satu soalan daripada pengikutnya, yang meminta untuk berkongsikan wajah anak Neelofa iaitu Bilal.
Walaubagaimanapun, @bebelancikmin tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai kesahihan gambar tersebut.
Betul ke ni gambar Bilal anak Lofa?
Sorry semua, ini bukan Bilal
Neelofa bagaimanapun tampil menafikan video yang tular di laman Tiktok tersebut bukan Muhammad Bilal, anak lelakinya.
Hehehe sorry semua, ni bukan Bilal. Tapi comel masyaAllah
Sebelum ini Neelofa dan Haris sepakat untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka kepada umum kerana mahu mengelak terkena penyakit Ain. Akan tetapi, Neelofa kerap berkongsi perkembangan anaknya kepada peminat di media sosial walaupun hanya menampakkan sebahagian tubuh badan.
Video
@bebelancikmin Replying to @gengborak ni soalan tau..betul ke ni Bilal anak Neelofa? Comel betul.. #neelofa #bilal #neelofaharis #fyp #bebelancikmin
? For movie / picture / action / suspense – G-axis sound music
@bebelancikmin Replying to @penaberkala Allahu patut la Lofa kata bukan Bilal! Awak rupanya tp bila dah besar mata mengecil ek..? #artis #info #fyp #bebelancikmin #neelofaharis #bilal #neelofa
Sumber: @bebelancikman