berita

‘Soulfly’ Meriahkan Festival Rockaway 2012

October 22nd, 2012 | by Ai
Hollywood

 

Band heavy metal antarabangsa, ‘Soulfly’ merupakan salah satu band yang telah dijemput khas bagi memeriahkan lagi Festival Rockaway Malaysia 2012, Sabtu lalu.

Kumpulan yang baru sahaja melancarkan album kelapan mereka yang berjudul ‘Enslaved’ pada 13 Mac 2012 lalu menyifatkan kemunculan sulung mereka di Malaysia ini adalah sangat mengagumkan dan mereka merasa begitu teruja.

Menurut peneraju utama kumpulan ini, Max Cavalera (gitar/vokal), ini adalah pengalaman pertama mereka membuat persembahan di Malaysia dan secara tidak langsung ia juga menjadi sesi penjelajahan pertama mereka di sini. Oleh itu, mereka ingin tampilkan yang terbaik buat peminat-peminat mereka.

Mengulas lebih lanjut mengenai pembikinan album kumpulan ini, Max Cavalera menafikan kumpulan Soulfly membuat penukaran ‘line-up’ untuk setiap keluaran album terbaru.

“Sebenarnya, bukan setiap masa kami buat penukaran ‘line-up’ untuk album terbaru. Tetapi ia bergantung pada muzik. Lagipun penukaran ‘line-up’ ni bagus juga untuk meningkatkan kualiti sesuatu muzik.”

Merujuk kepada perancangan masa depan kumpulan muzik moden metal ini, vokalisnya memaklumkan bahawa mereka ingin “expose” lebih lagi dalam budaya masyarakat sekeliling dan ingin mencuba pelbagai irama bagi setiap lagu mereka.

“Untuk masa depan kumpulan ini, kami ingin ‘expose’ lebih dalam budaya sekeliling dan suka pelbagai irama serta idea untuk memperbaharui muzik kami. Kalau boleh, kami juga ingin menjelajah pelbagai tempat di dunia,” ujar Max Cavalera kepada pihak media.

Berikut kami sediakan video kumpulan ‘Soulfly’ live in Malaysia sewaktu Festival Rockaway 2012, Sabtu lalu. Enjoy!!

SKIP THIS AD ×