
SOUNDSTAGE bakal menghimpunkan barisan band popular dari Malaysia dan Indonesia dalam sebuah konsert yang dijadual berlangsung di Unifi Arena pada 16 Ogos 2026, dari jam 6 petang hingga 11 malam.
Artikel Berkaitan: Fenomena Pantai Timur Dibawa Ke Ibu Kota, Konsert Kelate Ke KL 2026 Bakal Gamatkan Zepp KL Ogos Ini
Artikel Berkaitan: Sedekad Menanti, Insomniacks Akhirnya Capai Impian Buka Tirai Konsert 5 Seconds Of Summer
Konsert yang bakal dinantikan

SOUNDSTAGE bakal menampilkan persembahan daripada Nidji, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic, sekali gus mengubat kerinduan peminat muzik alternatif, indie dan rock.
Pertemuan lima band dari Malaysia dan Indonesia ini dijangka mencipta malam penuh nostalgia dan tenaga apabila Nidji serta Hujan menerajui persembahan yang menyatukan peminat pelbagai generasi menerusi muzik.
Gabungan Nidji, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic menawarkan sebuah pengalaman muzik secara langsung yang pastinya menghimpunkan pelbagai warna muzik dalam satu malam.
Tiket konsert ditawarkan pada harga bermula serendah RM139 hingga RM369, selain pemegang tiket HIP Zone turut menikmati akses laluan pantas (fast lane) bagi memudahkan kemasukan ke dalam arena.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan NIDJI, Hujan, Dukes, Empty Page dan Midnight Fusic berkongsi pentas menerusi SOUNDSTAGE. Dapatkan tiket anda sekarang di www.wowtix.com.my.








