
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad berkongsi perjalanan akademiknya sejak di bangku sekolah sehingga melanjutkan pengajian di peringkat universiti.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Habis Pantang, Uyaina Arshad Mula Bersenam Tapi Netizen Risau Tengok Angkat Treadmill
Belajar lain, kerja lain

Menerusi hantaran di Threads, Uyaina, 34, mendedahkan dia pernah meraih keputusan cemerlang dalam peperiksaan penting termasuk Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu turut berkongsi pencapaiannya ketika melanjutkan pengajian dalam bidang Undang-Undang di institusi pengajian tinggi.
UPSR – 4A, PMR – 8A, SPM – 7A. Asasi Undang-Undang, UiTM Shah Alam – 4.00, Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya – PNGK 3.5 (pernah dapat Dekan sekali sahaja. Itu pun dah cukup gembira).
Dalam masa sama, isteri kepada Raja Syahiran itu mengakui kerjaya yang diceburinya kini tiada kaitan langsung dengan bidang yang dipelajari.
Bagaimanapun, Uyaina percaya segala ilmu yang telah ditimba membentuk dirinya pada hari ini selain menegaskan tiada ilmu yang sia-sia.
Pekerjaan sekarang adalah pengacara TV, pelakon dan perlahan-lahan belajar tentang penulisan skrip serta penerbitan.
Walaupun tidak mempraktikkan bidang undang-undang, pengajian undang-undang membentuk siapa diri saya hari ini. Walaupun belajar dalam bidang lain dan bekerja dalam bidang berbeza, bagi saya tiada ilmu yang sia-sia
Sumber: Threads








