berita

Sport Planet Buat Promosi Barangan Sukan Di Ipoh, Orang Perak Mesti Nak Pergi Nanti Kan?

November 19th, 2018 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Moh ler kita jogging weekend ni.

Pernah alami situasi macam ni tak? Masa tu pulak kasut sukan buat hal. Dengan tapaknya yang dah haus, depan pun terkoyak. Macam mulut buaya. Malu nak keluar jogging dengan member macam ni. Malu beb!

Tak apa, jangan risau. Kalau korang duduk Perak, admin ada berita gembira untuk korang ni. Korang tahu tak, promosi barangan sukan akan diadakan di Perak tak lama lagi. Confirm korang suka!

Sport Planet Off Season Sale mengganas di Ipoh

Tak lama lagi Sport Planet akan mengadakan Sport Planet Off Season Sale di Ipoh, Perak. Banyak barangan sukan ditawarkan dengan harga lebih murah daripada biasa. Cun sangat!

Take note! Sport Planet Off Season Sale ni akan diadakan bermula 23 November 2018 hingga 2 Disember 2018, jam 10 pagi hingga 10 malam. Bertempat di PHL Convention Centre Ipoh. Mesti meriah nanti.

Bukan barang sukan je, yang nak cari kasut melaram pun ada.Orang Perak wajib datang okay? Sebab admin akan kongsikan beberapa promosi di Sport Planet Off Season Sale.

Dah tahu ni, mesti korang yang duduk Perak akan rasa ruginya kalau tak datang.

Peminat Timberland tak nak ke, kasut tengah murah ni!

Sport Planet menawarkan harga kasut jenama Timberland yang lebih murah di Sport Planet Off Season Sale. Nak ikutkan, harga kasut jenama ni memang mahal kan? Korang boleh usha gambar kat bawah ni. Berbaloi wei!

Timberland memang terkenal dengan kasut but kulit kalis air. Paling best kasut Timberland direka khas untuk aktiviti lasak. Jenama ni dah jadi pilihan bagi mereka yang sukakan aktiviti hiking dan camping. Hebat betul.

Jualan penghabisan stok barangan badminton

Jangan tak tahu! Sewaktu Sport Planet Off Season Sale, ada jualan penghabisan stok untuk barangan badminton. Raket, bulu tangkis, kasut badminton, semua ada lah! Kaki badminton kena cepat grab!

Admin pun pernah guna raket sampai patah sebab kasar sangat. Nak beli baru, tengah tak ada sale pulak. Dah ada Sport Planet Off Season Sale, boleh la tukar barangan badminton yang dah lama. Betul tak?

Tawaran terbaik kasut PUMA & NMD!

Kalau tadi kita dah sembang pasal sale kasut Timberland dan barangan sukan badminton. Kali ni, admin nak share sale kasut PUMA dan NMD.

Ha! Dua kasut PUMA dan NMD ni special dan jumlahnya terhad tau! Sorang boleh beli satu ja. Harga dah kaw-kaw murah! Mana nak dapat kasut PUMA harga RM 99 dan kasut NMD harga RM 229 kan? Ni Sementara stok masih ada. Kalau habis kita kira SOLD OUT! Jadi, make sure korang datang awal untuk grab kasut ni.

Aneka barangan sukan ditawarkan diskaun sehingga 70%!

Ni yang ramai nak dengar. Banyak barangan sukan ditawarkan dengan diskaun sehingga 70% di Sport Planet Off Season Sale. Daripada kepala sampai ke kaki. Murah dan berbaloi. Nah, admin bagi peluang kat korang untuk usha barang yang ada.

Rambang mata la macam ni. Ada banyak lagi sebenarnya. Kalau nak tahu, kena la datang ke Sport Planet Off Season Sale. Pakat dengan family dan member korang yang kaki sukan. Confirm seronok!

Nah, info penuh tentang Sport Planet Off Season Sale di Ipoh, Perak. Kome jangan tak datang pulak eh!

SPORT PLANET OFF SEASON SALE
Tarikh: 23 November 2018 hingga 2 Disember 2018
Masa: 10 pagi hingga 10 malam
Tempat: PHL Convention Centre, Ipoh
Waze: https://waze.com/ul/hw0zf51yn1
Google: https://goo.gl/maps/5t394yEQ2pm

Korang pun boleh cuci mata barangan sukan yang akan ditawarkan di Sport Planet Off Season Sale. Tengok je kat Facebook Sport Planet ni. Tanda siap-siap mana yang korang nak. Senang sikit nak shopping nanti.

Jangan lupa share kat family dan member korang tau. Mana la tahu ada yang nak belanja nanti kan? Hehe. Moh ler!

SKIP THIS AD ×