Siapa yang tak boleh keluar rumah tanpa spray perfume atau wangian di keseluruhan badan terlebih dahulu? Haa.. Mesti ramai macam ini kan? Bukan apa rasa keyakinan diri auto meningkat bila dah wangi tu.
Tapi, kadang-kadang sayang juga bila nak spray berlebihan sebab harga perfume sekarang boleh tahan mahal :(
Perfume Paradise menawarkan haruman berkualiti pada harga berpatutan
Jawapan kepada masalah korang ini mudah je, apa kata cuba Perfume Paradise! Mereka menawarkan pelbagai pilihan wangian dengan harga yang super affordable!
Paling penting kesemua koleksi haruman mereka berkualiti tinggi dan tahan lama tau!
Spray sikit je korang dah wangi semerbak! Tak perlu nak repeat spray lagi sebab korang akan tetap kekal wangi dengan ketahanan bau yang berpanjangan!
“Spray sekali, 3 hari wangi” Haa.. Sampai macam itulah tagline Perfume Paradise, memang gerenti korang wangi dan dapat berjimat sebab satu botol boleh tahan lama.
Lebih 80 haruman untuk korang pilih
Perfume Paradise menawarkan lebih 80 pilihan haruman untuk melengkapi setiap keperluan dan citarasa pengguna dengan harga jualan hanya RM10 untuk 10ml sehingga RM40 untuk 30ml
Walaupun harga yang ditawarkan sangat-sangat berpatutan tapi Perfume Paradise sama sekali tak berkrompomi dalam hal kualiti tau.
Mereka menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan melaksanakan langkah-langkah kawalan kualiti yang ketat bagi memastikan setiap produk wangian mereka tahan lama dan memuaskan.
Bahkan, Perfume Paradise dah mencapai tahap standard global dalam industri minyak wangi, sekaligus membuktikan mereka mampu bersaing dengan jenama besar di pasaran.
Perfume Paradise Perkenal Wangian ‘Duo Edition’ Terbaru Yang Serba Eksklusif
Sebagai penaja utama Famili Duo, Perfume Paradise mengambil peluang ini untuk memperkenalkan dua wangian eksklusif. Setiap pembelian edisi terbaru ni akan dapat tote bag dan cermin makeup eksklusif juga!
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang wangian ini, korang kena tengok Famili Duo setiap Ahad okay? Di mana wangian tersebut bakal diperkenalkan dan maklumat tentang pembelian juga bakal dikongsikan nanti.
Jangan lupa juga untuk ikuti laman Instagram rasmi Perfume Paradise melalui pautan di SINI.