berita

SPRM Bekukan Hampir RM75 Juta Wang Haram ‘Geng’ Macau Scam, Kereta & Kediaman Mewah Disita

October 6th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Sejak beberapa hari ini kecoh di media sosial mengenai penahanan ‘bos besar’ bergelar Datuk dan Datuk Seri yang terlibat dalam kes penipuan sindiket atau Macau Scam.

Terbaru, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan sebanyak 750 akaun yang terlibat. Lebih mengejutkan apabila mengetahui jumlah simpanan aktiviti penggubahan wang haram itu mencecah kira-kira RM75 juta.

Rumah mewah pasangan suami isteri disita

Menerusi laporan yang dipetik daripada Harian Metro, pihak SPRM turut menyita 24 kenderaan mewah dan motosikal berkuasa tinggi milik beberapa individu yang ditahan. Bukan itu sahaja, rumah mewah milik pasangan suami isteri yang terlibat dalam kes ini juga telah disita.

Menurut sumber, ‘geng’ Macau Scam ini telah menggunakan populariti artis tempatan untuk ‘mencuci’ wang haram mereka dengan menjalinkan usaha sama dan menerusi perniagaan sah. Mereka juga dikatakan terlibat dalam perjudian secara atas talian sejak lima tahun lalu.

Sebanyak 24 kereta mewah di mana lima milik lelaki bergelar Datuk yang dipercayai dalang sindiket ini turut disita SPRM.

750 akaun milik ahli perniagaan yang terbabit dalam sindiket terbabit termasuk akaun selebriti disita susulan siasatan SPRM akaun itu terbabit dalam pengubahan wang haram.

Masih direman

Difahamkan, dua daripada lapan individu yang ditahan bagi membantu siasatan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM. SPRM juga tidak menolak kemungkinan akan menahan beberapa penguat kuasa dalam masa terdekat kerana terlibat melindungi kegiatan mereka.

Individu yang dipercayai menggunakan ‘Datuk’ palsu itu dan beberapa suspek lain termasuk anak kepada seorang ahli perniagaan terkemuka di ibu negara masih direman.

Sumber: Harian Metro, Utusan Malaysia

SKIP THIS AD ×