berita

SPRM Sahkan Bung Moktar, Zizie Izette Ditahan, Bakal Didakwa Di Mahkamah

May 1st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengesahkan penahanan terhadap Datuk Seri Bung Moktar dan isterinya, Zizie Izette, hari ini. Pasangan ini telah ditahan di pejabat SPRM selepas hadir bagi melengkapkan siasatan akhir melibatkan kes rasuah Felcra.

Disyaki terlibat dengan rasuah

Menurut laporan Metro, pasangan suami isteri ini ditahan selepas tampil memberi keterangan kes kepada SPRM 10.00 pagi (Rabu) kerana disyaki terbabit rasuah.

SPRM dalam kenyataan memaklumkan bekas Pengerusi Bukan Eksekutif FELCRA Berhad itu ditahan 10.50 pagi di pejabat SPRM Sabah manakala Zizie Izette ditahan di pejabat SPRM Putrajaya 11.15 pagi tadi.

Dilepaskan dengan jaminan SPRM

Penahanan ini disahkan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata SPRM mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara bagi menuduh Bung Moktar dan Zizie Izette di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 3 Mei ini.

Bung Moktar dan Zizie Izette bakal menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 17(a) dan Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009. Mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Mereka dibebaskan selepas memberi keterangan selama 8 jam dan akan didakwa semula pada Jumaat ini.

Saya tidak tahu mengenai perkara ini

Sementara itu, ibu kepada Zizie Izette, Khaty Fauziah menerusi laporan mStar terkejut akan khabar ini dan dia tidak langsung dimaklumkan oleh sesiapa mengenai perkara tersebut. Anak perempuannya itu dan pasangan ditahan berhubung kes rasuah melibatkan nilai sejumlah RM3 juta.

Saya tidak tahu mengenai perkara ini kerana ketika ini saya berada di Melaka. Zizie atau Sam juga tak memaklumkan apa-apa. Mereka tahu saya ada penyakit darah tinggi dan kencing manis, jadi mereka takkan buat saya susah hati.

Kenyataan media rasmi

Sumber: Metro, SPRM

SKIP THIS AD ×