berita

Viral Air Zam-Zam Dicampak, Staf Digantung Tugas, Pos Malaysia Mohon Maaf

December 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Insiden seorang staf yang dikatakan mencampak kotak air zam-zam mendapat perhatian meluas di media sosial semalam. Staf terbabit kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan apa yang sebenarnya berlaku ketika itu.

Namun, petang semalam, pihak Pos Malaysia tampil menjelaskan kekusutan dalam satu kenyataan menerusi Facebooknya.

Dilakukan staf anak syarikat Pos Malaysia

Menurut kenyataan tersebut, kejadian terbabit dilakukan oleh staf Pos Aviation iaitu anak syarikat Pos Malaysia. Anak syarikat ini antaranya berfungsi membuat pengendalian darat antaranya menguruskan bagasi penumpang.

Menerusi siasatan, kejadian terbabit berlaku kerana kesesakan di karousel dan tindakan dilakukan staf tersebut untuk mempercepatkan proses.

Digantung tugas

Menurut pihak Pos Malaysia lagi, staf yang terbabit telah digantung tugas. Permohonan maaf turut dibuat atas kejadian terpencil berkenaan.

Kakitangan tersebut telah digantung tugas dan kami memohon maaf di atas kejadian terpencil tersebut. Kami amat mengambil berat tentang pengendalian barangan pelanggan dan tindakan susulan akan diambil setelah siasatan selesai dijalankan.

Turut berkongsi kenyataan dwibahasa itu adalah Malaysia Airports juga menerusi Facebook mereka.

Sumber: Pos Malaysia

SKIP THIS AD ×