

Seorang staf sambilan di kedai bahan binaan di Soka, Jepun yang tertekan dengan kerjanya bertindak membakar premis tempat dia bekerja.
Diri sendiri masih dalam kedai

Memetik laporan yahoo!, Tatsuya Matsuzawa, 32 tahun yang bekerja sebagai penghantar barang dan pengawal keselamatan di kedai bahan binaan itu mengaku bersalah membakar Ken Depot Soka Sezaki Store di Soka, Jepun.
Bercakap kepada pihak berkuasa, lelaki yang telah bekerja di kedai itu selama setahun mengaku melakukan jenayah tersebut kerana terlalu tertekan dengan kerja.
Saya terlalu tertekan dengan kerja, jadi saya bakar kedai itu.
Ketika kejadian, dilaporkan beberapa pelanggan serta staf masih berada di dalam kedai, termasuk Matsuzawa sendiri, dan seorang staf berumur 42 tahun tercedera dan dibawa ke hospital.
‘Overworking’ merupakan satu isu yang berpanjangan dalam kalangan pekerja-pekerja di Jepun, dan situasi tersebut telah berlarutan beberapa dekad sehingga ada terma ‘karoshi’ yang membawa maksud ‘mati akibat kerja’ yang wujud sejak 1970an.
Sumber: yahoo! News






![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)