Umum tahu sebelum ini pelakon, Fizz Fairuz pernah meluahkan hasratnya untuk melamar kekasih hati, Almy Nadia sebagai permaisuri hidupnya dan berita tersebut turut diakui oleh Almy menerusi artikel yang dilaporkan oleh sebuah portal berita bertarikh 1 November lepas.
Merujuk pada artikel berkenaan, Almy menjelaskan bahawa, pihak Fizz akan datang merisiknya dan disusuli dengan majlis pernikahan yang dijangka bakal berlangsung pada tahun hadapan.
Artikel Berkaitan :
Namun begitu, menerusi laporan akhbar tempatan hujung minggu lalu, Almy dikatakan merentan kerana aktor tersebut didakwa masih belum menunaikan janjinya dan perkara itu turut diluahkan oleh Almy menerusi status WeChat berbunyi :
Fizz Fairuz di samping anak angkat Almy, Nurafrina
Susulan penyebaran status tersebut, Almy telah menjelaskan bahawa, apa yang ditulis menerusi akaun WeChat-nya itu langsung tiada kaitan dengan sesiapa dan sekaligus menolok dakwaan kononnya Fizz hanya memberi janji kosong terhadap dirinya.
Hak saya telah dicerobohi! Status itu bukanlah dari laman sosial Twitter, sebaliknya ia di ambil dari WeChat saya.
Saya tahu ramai lagi yang masih menghentam Fizz. Mungkin kerana pengalaman lalunya itu. Tapi, itu tidak bermakna dia sentiasa melakukan perkara yang buruk.
Tapi, apa saja yang saya tulis itu, ia langsung tiada kaitan dengan sesiapa. Terpulanglah pada andaian masing-masing.
Dalam masa yang sama, pelakon drama Cinta Buat Emelda ini turut membuat keputusan untuk mendiamkan diri dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai hubungannya dengan Fizz.
Buat semua peminat Almy Nadia, di sini OHBULAN! selitkan juga beberapa foto comel aktres tersebut di samping anak angkatnya, Nurafrina Darwisyah untuk tatapan anda semua.
Sumber & Kredit Foto : Sinar Harian & Instagram Almy Nadia