Status pernikahan anak kepada pelakon, Abby Abady iaitu Marissa Dania Hakim dan suaminya, Ahmad Aslam Kasyfun Nazir Rashid dijangka dapat disahkan di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Nak Bercakap Pasal Diri Sendiri Pun Jarang, Ini Kan Pula Tentang Orang Lain’ – Marissa Dania

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Bahagia Dengan Aslam, Marissa Dania Dakwa Netizen Mudah Tertipu – ‘Jangan Tunjuk Sangat Senang Digula-Gulakan’

Bergantung pada hakim

Menurut peguam syarie yang mewakili pasangan ini iaitu Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri, keputusan tersebut walau bagaimanapun bergantung kepada keputusan prosiding dibuat Hakim Syarie.

Kalau hakim berpuas hati dengan prosiding hari ini, Insya-Allah tengahari semuanya dapat diselesaikan.

Dalam sebutan lepas, hakim minta peguam sediakan hujah. Itu isyarat hakim sebenarnya sudah bersedia beri keputusan.

Jadi kalau dokumen itu sahih, bukan palsu, hakim sudah boleh sahkan pernikahan mereka. Selesai itu maksudnya mahkamah boleh keluarkan perintah dan failkan pengesahan pernikahan mereka.

Sementara itu, Marissa dan Aslam yang tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 11.30 pagi memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberikan interaksi kepada media.

Pada 5 Mei lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi tujuan prosiding pengesahan nikah.

Walau bagaimanapun, prosiding tersebut terpaksa ditangguh berikutan kesalahan teknikal yang berlaku ketika mengisi borang.

Untuk rekod, Marissa dan Aslam mula menyorot perhatian warganet apabila didakwa sudah berkahwin di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

Lebih mencuri tumpuan, perkahwinan tersebut didakwa berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa Marissa.

Pernikahan itu juga dikatakan berlangsung ketika isteri pertama Aslam, iaitu Umisya Mazlan sedang mengerjakan ibadah umrah.

Dakwa Umisya, Marissa telah menjadi punca dirinya diceraikan pada September tahun yang sama namun mereka kemudiannya rujuk kembali ketika tempoh idah.

Untuk info, Ahmad Aslam dan Umisya mendirikan rumah tangga pada Julai 2020 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Hud, 4, Nuh, 3, dan bayi perempuan yang kini berusia tiga bulan.

Manakala Marissa pernah kehilangan bayi yang dilahirkan secara pra-matang pada Ogos tahun lalu.