berita

‘Stering Kereta Tiba-Tiba Lock’ – Langgar Mati Pemotong Rumput Di Thailand, Ini Respon Adik Pemandu

August 14th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Semalam viral di media sosial apabila enam orang warga Thailand  dirempuh seorang pelancong Malaysia. Kejadian yang berlaku di daerah Rattaphum itu menimbulkan pelbagai spekulasi orang ramai yang mendakwa pemandu itu cuai selepas 5 orang disahkan maut.

Terbaru, adik pemandu yang melanggar mangsa warganegara Thailand itu tampil kongsi cerita sebenar. Menurutnya kakaknya terlanggar sesuatu di jalan raya sehingga mengakibatkan stereng kereta terkunci.

Stering kereta lock

Assalamualaikum wrt. wbt.

Saya adik kepada Melinda Susilanini , seorang warganegara Malaysia yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tapi sekarang ditahan di lokap di Songhla. Beberapa hari yang lepas sempena cuti panjang aidil adha saya, along dan seorang lagi saudara perempuan ambil cuti untuk balik ke kampung di Kelantan dan seterusnya ke selatan Thailand. Kami juga ada saudara disana (selatan Thailand).

Pada 13.08.2019 jam lebih kurang 3.00 petang ketika dalam perjalanan balik, kami terlibat dengan kemalangan. Mengikut laporan daripada pihak polis Thailand (saya ringkaskan cerita) Semasa dalam perjalanan, kelajuan biasa (sebab kenderaan banyak ketika itu) kakak terlanggar sesuatu ditengah jalan dan menyebabkan kereta kami hilang kawalan. Kakak bagitau stering kereta tiba-tiba lock dan tak dapat dikawal dan lepas itu kereta kami merempuh pekerja mesin rumput yang sedang berehat di tepi jalan.

Dikenakan jaminan RM 60k

Kereta kami seterusnya terperosok kedalam longkang lepas hilang kawalan dan mengalami kerosakan agak teruk disebabkan rempuhan tadi. Bagaimanapun kami bertiga selamat dan mengalami kecederaan ringan sahaja. Malangnya pekerja yang dilanggar ada yang meninggal dunia dan ada yang cedera parah.

Pihak polis dah jalankan siasatan dan kemalangan ini juga dah dilaporkan di media rasmi Thailand. Sekarang ini kakak saya ditahan dan berada dalam lokap sementara tunggu ikat jamin dan diminta untuk bayar jaminan sebanyak 400,000 baht (RM60,000 ) . Kami cuba dapatkan bantuan konsulat Malaysia dan bantuan dari TAC (Tourist Assistance Centre) untuk cuba kurangkan kos tuntutan jaminan.

Polis Thailand pegang passport

Buat masa ini along masih bersama dengan kami dan masih trauma dengan kejadian. Along tak boleh balik ke Malaysia sebab pihak polis Thailand pegang passport dan ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan termasuk urusan dengan keluarga mangsa yang meninggal dunia. Kami tak sangka kejadian ini boleh berlaku dan tak pernah sekali-kali ingin ia berlaku. Tambah pula sampai melibatkan kehilangan nyawa. Malangnya ia dah pun berlaku, sekarang kami perlu selesaikan dengan sebaiknya.

Dalam keadaan ini, kalau boleh kami nak selesaikan kes ini secepat mungkin. Oleh itu saya dengan rendah diri memohon bantuan sumbangan dari rakan2 yang mengenali, saudara mara dan setiap hamba Allah yang ingin membantu. Semoga Allah mudahkan urusan semua yang memudahkan urusan along.

Sumber : Akma Azalan