Ekoran aduan yang diterima mengenai peningkatan harga makanan di bazar Ramadan, Kool 101 tampil dengan ‘Bazar Kool 101 – Semua RM5’ bagi membantu masyarakat mendapatkan juadah berbuka puasa dengan harga mampu milik.

Artikel Berkaitan: ‘Kalau Tak Sedap, Jangan Beli Tapi Jangan Hasut Orang Lain’ – Zara Zya

Artikel Berkaitan: Nak Tolong Netizen, Jason Setuju ‘Review’ Juadah Bazar Ramadan

Mengurangkan beban kewangan

Stesen radio, Kool 101 peka dengan isu semasa dan mengambil kesempatan ini dengan menyediakan hidangan berbuka puasa lengkap pada harga rahmah iaitu RM5.

Setiap hidangan disediakan lengkap, seimbang dan berkualiti untuk memastikan kesejahteraan pemakanan masyarakat.

Bazar Kool 101 menyediakan seramai 12 peniaga di lokasi yang strategik khas untuk golongan yang sering menghadapi kekangan masa terutama pada individu bujang yang merasakan harga juadah di bazar Ramadan mahal.

Inisiatif Kool 101

Dalam pada itu, Bazar Kool 101 juga membuka peluang kepada peniaga kecil dengan menyediakan platform berniaga untuk meningkatkan peluang ekonomi tempatan.

Bazar Kool 101 ini berlangsung semalam iaitu 24 Mac di kawasan pejalan kaki MRT Muzium Negara – KL Sentral dari 4:00 petang hingga 7:00 petang, sekali gus memudahkan pengguna pengangkutan awam untuk terus membeli juadah berbuka puasa dengan harga yang berpatutan.

Tidak cukup dengan itu, program ini juga sedikit sebanyak berkongsi rezeki dengan rakan artis yang membuat persembahan pada lokasi kejadian dan mewujudkan suasana yang lebih meriah.