Festival Air dan Muzik Terbesar Malaysia, Out of The World Music Festival (OOTW) baru sahaja mengumumkan artis antarabangsa pada fasa pertama nya untuk edisi kedua festival mereka yang diadakan pada 19 hingga 21 Januari 2023 di Pangkalan KL, Sungei Besi.
Dengar cerita, ada ramai artis popular antarabangsa yang lain dan pelbagai aktiviti menarik yang korang boleh buat! Ha…kalau nak tahu, baca sampai habis!
Ada 3 barisan artis antarabangsa bakal menyemarakkan festival OOTW 2.0!
Untuk pengetahuan korang, antara 3 barisan artis ini termasuk lah Steve Aoki (USA), James Hype (UK) dan Nervo (AUS) akan ada di sana dan menyemarakkan lagi festival tersebut!
Steve Aoki telah lama menjadi tunjang utama dunia elektronik global. Dari seorang penerbit, DJ, pemilik label rekod, penyokong kesejahteraan mental dan dermawan. Ini merupakan kali pertama dia kembali ke Malaysia dengan bergaya dan bertenaga setelah hampir sedekad.
Manakala, James Hype pula merupakan salah satu nama yang sering menjadi bualan orang terutamanya sejak kejadian yang tercetus pada tahun lalu dimana video beliau yang mempamerkan teknikal telah menjadikannya viral dan menjadi muzik yang popular selepas festival.
Ini juga akan menjadi penampilan pertamanya di Malaysia dan salah satu penampilan festival pertamanya di Asia Tenggara. Fuhhh!
Buat korang yang tak tahu, Nervo ini tidak asing lagi dengan latar belakang kelab super dan festival di Malaysia selama lebih sedekad. Kedua-dua beradik ini telah membawa vibes yang seronok dan bertenaga ke seluruh dunia.
Jadi, tak hairanlah mereka ni kekal dalam 50 DJ Terbaik dalam tinjauan pendapat di seluruh dunia setiap tahun kan!
Bukan tu je, ada lebih 100 top artis lain yang bakal diumumkan tak lama lagi!
Mereka ini bakal tampilkan hampir 50 persembahan secara langsung tau!
Pesta air dan muzik ini menampilkan hampir 50 persembahan secara langsung dan DJ pada 3 hari dengan lebih 2 peringkat.
Selain itu, ada acara makanan dan minuman terpilih serta banyak lagi aktiviti yang diadakan secara besar-besaran di sana. Best kan?
Eh, mesti laaaa…Ini dah setaraf dengan festival muzik peringkat antarabangsa tau!
“Dengan pelbagai budaya, bakat dan sokongan hebat daripada rakan kongsi kami, OOTW 2.0 akan menjadi lebih besar dan lebih baik daripada sebelumnya!”
Lens Chan (pengasas Out of The World Festival) Melalui OOTW, penganjur Genesis Entertainment menyasarkan untuk meningkatkan pelancongan perbelanjaan dengan festival itu berfungsi sebagai tarikan pelancong asing dan penduduk tempatan sama.
View this post on Instagram
OOTW akan melonjakkan hiburan, pelancongan dan seni semuanya di bawah satu bumbung dengan menyediakan taman tema air tiga tingkat kepada pengunjung.
Bukan tu je, siap ada gelongsor air, pelbagai gerai makanan berperisa tempatan dan antarabangsa, budaya persembahan serta 3 hari persembahan muzik dan banyak lagi tarikan menarik!
Tunggu apa lagi? Jom dapatkan tiket early bird sekarang!
Korang jangan terlepas untuk dapatkan tiket dengan harga early bird sebelum terlambat!
Untuk maklumat lanjut tentang festival air dan muzik ini, korang boleh layari laman web mereka di SINI atau melalui aplikasi Instagram.