berita

‘Stop Tengok Drama Mengarut’ – Netizen Minta Kisah Viral Pelajar Cina Tenung Meja Jadi Filem, Ini Respon Zahiril Adzim

December 7th, 2017 | by Wan
Kini Trending

Baru-baru ini, viral kisah pelajar Cina tenung meja yang digelar murid tiada kepala oleh guru lain. Thread yang dikongsi guru praktikal bernama Orked itu menyentuh hati ramai netizen. Setakat ini, hampir 65 ribu retweet di Twitter.

Artikel berkaitan: Sering Tenung Meja, Digelar Murid Tiada Kepala Oleh Guru Lain- Akhirnya Guru Ini Dapat Tahu Sebenarnya.. Respect!

Malah, ada merasakan pengalaman dikongsikan guru itu sewajarnya dijadikan filem inspirasi kepada masyarakat. Di Twitter, seorang pengguna meminta pelakon Zahiril Adzim sampaikan mesej kepada sahabatnya, Beto Kusyairi untuk merealisasikan kisah ini ke layar perak.

‘Suruh Beto buat jadi filem bro’

Selepas kisah itu viral, salah seorang pengguna yang membaca kisah tersebut meminta ia dijadikan filem inspirasi. Nampaknya tweet itu sampai ke perhatian Zahiril.

‘Kena approach orang yang betul’

Malah ada juga yang meluahkan rasa bosan dengan industri perfileman Malaysia yang sering menayangkan kisah-kisah bergenre sama.

‘Kering idea sangat ke?’

Ini respon Zahiril!

Menjawab persoalan itu, pelakon Juvana itu menjelaskan filem yang dihasilkan adalah berdasarkan kepada jumlah audiens yang menontonnya. Katanya, filem bergenre ‘inspirasi’ selalunya jarang mendapat sambutan dalam kalangan penonton.

Jadi, kalau korang nak kisah ni jadi realiti, ramai-ramai la tunjuk sokongan. Stop tengok drama drama ‘macam tu’ katanya.

Sumber: Twitter Orked

SKIP THIS AD ×