Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazril mengulas isu bekas suami yang menghina parut bekas isteri yang melahirkan anak secara pembedahan Caesar atau C Section.

Artikel Berkaitan: Penampilan Dr Say & Isteri Di Hyrox Jadi Perhatian, Netizen Tegur Soal Aurat

Artikel Berkaitan: Suami Curang & Tergamak Hina Parut Caesar Isteri

Stretch mark bukan cacat

@say_shazril0

Kisahnya seorang suami curang dengan bininya & dia nak powm kat ex wife dia dengan ayat2 sebegini. Benci manapun kat ex wife tu at least ingatlah dia jugak yg go through stretch marks & birth scars untuk melahirkan keturunan kita. Forward lah kat laki2 yg mungkin benak dengan kejadian stretch marks & bekas cezar ni k peeps?

♬ Dramatic Piano (sad background) – AurbanniAudio

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dr Say menegaskan bahawa ‘stretch marks’ pada perut wanita bukan satu kecacatan, malah ianya perkara normal.

Tambahnya, parut di perut itu juga merupakan lambang kekuatan melahirkan zuriat ke dunia.

Bila lelaki tiada ilmu tentang stretch marks dan bekas caesar, mereka akan anggap itu semua menjijikkan.

Stretch marks ini bukan terjadi pada wanita mengandung saja. Lelaki kalau perut besar mendadak dalam masa singkat, penangan makan minum yang melampau akan naik stretch marks juga.

Untuk parut caesar, ini bukan parut biasa. Inilah luka untuk keluarkan anak bila cara biasa tak selamat untuk anak mahupun ibu.

Stretch marks bukan kecacatan, bekas caesar bukan kekurangan. Itu lambang kekuatan.

Dalam pada itu, Dr Say menyifatkan kaum lelaki belum matang untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami jika menilai wanita hanya daripada fizikal.

Imbas kembali, baru-baru ini tular sebuah kisah seorang suami yang didakwa berlaku curang dan menghina bekas isteri dengan kesan parut di perut.

Tangkap layar atau screenshot perbualan tersebut dimuat naik di aplikasi Threads dan meraih pelbagai reaksi warganet.

Sumber: TikTok @Say_Shazril