
Bersempena bulan Ramadan, platform Tonton tampil dengan kempen khas Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026 sekaligus berpeluang memenangi hadiah menarik.
Artikel Berkaitan: RM8 Je? Langgan Tonton & Berpeluang Bawa Pulang Smart TV!
Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul

Kempen tersebut turut menjanjikan momen istimewa untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga khususnya mereka yang gemar memanfaatkan waktu berbuka atau sahur dengan menonton maraton drama kegemaran.
Lebih menarik, setiap tontonan memaparkan markah pengguna dan membuka peluang untuk merangkul hadiah utama yang lumayan.
Pengguna juga boleh menikmati pelbagai genre termasuk thriller dan Tonton Original Series yang sarat dengan elemen misteri, suspen dan plot twist yang tidak dijangka.
Bagi yang ingin menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu imbas kod QR pada poster atau layari laman web rasmi Tonton dan klik pada butang “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang”.
Sekiranya sudah berdaftar, log masuk akaun Tonton dan boleh nikmati mana-mana filem atau siri dalam senarai Hantu Puasa Special Checklist.
Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan pengguna di leaderboard, manakala pengumuman pemenang akan dibuat menerusi media sosial rasmi Tonton atau e-mel berdaftar.
Pemenang bertuah akan berpeluang membawa pulang pakej percutian 6 hari 4 malam ke Korea Selatan dan boleh membawa seorang teman sebagai plus one, menjadikan pengalaman percutian yang paling bermakna.
Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah istimewa ini merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan selesa serta pengalaman terpilih di kota Seoul.
Satu ganjaran luar biasa yang bukan sahaja melengkapkan Ramadan dengan penuh keterujaan, malah menjanjikan kenangan yang sukar dilupakan.
Jangan lepaskan peluang untuk sertai kempen yang dibuka sehingga 19 Mac 2026! Layari laman web rasmi dan mula strim sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan anda, malah membawa anda selangkah lebih dekat ke destinasi impian.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy.





![[VIDEO] Madammu Sebak Anak Menangis Minta Maaf Terlalu Inginkan Adik – ‘Katanya Dia Mahu Baby, Tapi Saya Yang Sakit Lalui Proses Itu’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/madammu1.jpg)


