
Suami kepada selebriti Abby Abadi iaitu Muhammad Faizal Zakaria tampil mengucapkan tahniah atas pencapaian keputusan cemerlang anak tirinya, Maria Danisha Hakim bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Dedah Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Pernah DM – ‘Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak’
Artikel Berkaitan: Ambil SPM Persendirian Pada Usia 26 Tahun, Individu Sebak Peroleh ‘Straight A’
Keputusan cemerlang
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Faizal meluahkan rasa bangga atas pencapaian Maria Danisha yang memperoleh 8A.
Dalam pada itu, Faizal sempat menitipkan pesanan agar Maria meneruskan pelajaran ke peringkat seterunya mengikut minat dan kemampuan sendiri.
Tahniah Baby Maria Danisha Hakim atas keputusan SPM. Hebat dan bangga sangat-sangat.
Terus capai cita-cita, jangan pandang belakang. Belajar selagi boleh bukti kemampuan, hidup ini lebih bermakna bila beriman dan berilmu.
Yang lain-lain jangan risau, segalanya pasti Allah permudahkan. Ingat, pendidikan ini bukan untuk orang sekeliling tapi masa depan baby.
Pilih kursus ikut kehendak sendiri bukannya ikut minat orang lain.
Tahniah, sayang baby. Maaf kalau abah ada salah silap ya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang memuji Faizal ekoran statunya sebagai ayah tiri namun menjadi yang pertama memuat naik pancapaian anak tiri.
Ayah tiri yang ‘function’
Sumber: Threads @jai_faizal47