Usahawan Rizal Ibrahim  menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kemenangan berpihak kepadanya dalam satu tuntutan saman fitnah yang difailkan sejak tahun 2022.

Artikel Berkaitan: Suami Pengasas Dnars Nafi Ambil RM1.3 Juta – ‘Saya Telah Pindahkan Wang Itu Ke Dalam Akaun Bank Pentadbir Pusaka’

Rizal Ibrahim difitnah

Menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagram, mahkamah secara rasmi membersihkan nama Rizal daripada segala tuduhan yang dilemparkan bekas adik ipar iaitu Mohd Faizul Rohban Ahmad dan dan anak tiri, Irdiena Hakim Jasman. 

Selama empat tahun, saya memilih untuk bersabar dan berdiam diri demi menghormati proses perundangan.

Pada 21 Januari 2026, Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa semua tuduhan terhadap saya adalah fitnah, tidak berasas dan gagal dibuktikan.

Antara fitnah yang dilemparkan terhadapnya termasuklah dakwaan berlaku curang terhadap bekas isteri iaitu Allahyarhamah Faziani Rohban semasa hayatnya, menganiaya serta membuat laporan palsu terhadap anak tiri (Aqbar Hakim) serta dituduh cuba mengambil kesempatan ke atas harta peninggalan Allahyarhamah. 

Malah, Rizal juga difitnah menggodam akaun media sosial defendan untuk melenyapkan bukti serta tidak bertanggungjawab dalam penjagaan anak-anak.

Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan membuat permohonan maaf secara terbuka serta mengeluarkan injunksi kekal bagi menghalang sebarang penerbitan atau kenyataan fitnah berkaitan dirinya pada masa hadapan.

Rentetan daripada keputusan tersebut, mahkamah menjatuhkan perintah terhadap kedua-dua defendan dengan  membayar ganti rugi sebanyak RM50,000 setiap seorang selain menanggung kos guaman berjumlah RM45,000. 

Mahkamah turut memerintahkan pengeluaran injunksi kekal bagi menghalang defendan daripada terus menyebarkan fitnah serupa pada masa hadapan.

Pihak defendan juga diperintahkan untuk menerbitkan permohonan maaf secara terbuka di platform media sosial utama seperti Facebook, TikTok, Instagram dan Twitter. selain disiarkan dalam media cetak arus perdana termasuk akhbar Harian Metro, Sinar Harian, Kosmo!, Utusan dan Berita Harian.

Imbas kembali, Allahyarham Faziani meninggal dunia pada 18 Mei 2019 selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan di Pattani, Thailand.

Usahawan itu maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala suami cedera.

Kemalangan tragis yang berlaku pada bulan Ramadan itu ketika Faziani dan suaminya dalam perjalanan ke rumah anak-anak tahfiz bagi menyampaikan sumbangan.

Sumber: Instagram Rizal Ibrahim