berita

Suami Angkut Skandal Balik Rumah, Kantoi Buat ‘Projek’ Masa Solat Jumaat – ‘Suara & Aksi Terakam Dari Kamera Pantau Kucing’

December 15th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tak dapat digambarkan betapa luluhnya hati seorang isteri apabila mendapat tahu bahawa suami yang dicintai sepenuh hati tergamak berlaku curang dengan wanita lain.

Lebih perit apabila perbuatan terkutuk itu dilakukan suami di rumah mereka sendiri.

Suami curang masa solat jumaat

Sekadar gambar hiasan

Wanita yang tidak mendedahkan identiti itu menceritakan bahawa perbuatan curang si suami hanya diketahuinya selepas melihat rakaman video pada kamera yang diletakkan di tempat makanan kucing. Menjelaskan perkara itu, pada awalnya, wanita itu membeli kamera tersebut hanya untuk memantau kucingnya memandangkan dia dan suami sibuk bekerja. Tetapi lain pula yang jadinya apabila aksi mesra suami terakam di kamera terbabit.

Aku lupa nak beritahu dia pasal kamera dekat tempat makanan. Pada suatu hari, masa aku tengah makan tengahari, aku cuba lah buka video tu. Aku dengar suara orang dalam rumah tu. Punya lah aku cuak, cepat-cepat aku screen record sambil aku call suami aku. Dia jawab dia cakap dia dekat rumah nak bersiap solat jumaat. Lepas tu, aku nampak ada kaki jalan ke arah tempat makan. Dan baju kurung.

Adegan-adegan diorang dan suara semua ada. Aku tak rasa jijik tapi aku rasa aku dihina oleh suami aku sebab buat dalam rumah kami.

Ternyata wanita yang berbaju kurung itu merupakan rakan kerja suaminya dan lebih meruntun hati, apabila si isteri mendakwa mengenali sosok wanita terbabit.

‘Dekat kilang, mereka macam belangkas’

Sekadar gambar hiasan

Meskipun si isteri sudah membuat perbincangan bersama keluarga termasuk suaminya, dia tetap mahu melaporkan kes itu kepada polis atas alasan wanita terbabit mengganggu rumah tangganya.

Tidak cukup dengan itu, sebagai pengajaran, si isteri nekad melaporkan perkara itu kepada bahagian sumber manusia di tempat wanita terbabit bekerja.

Kami dah berkahwin 6 tahun, lepas suami masuk tempat kerja baru dengan perempuan tu. Memang satu kilang ingat mereka bujang sebab macam belangkas (sentiasa bersama). Perempuan tu tahu je suami aku dah kahwin tapi tetap nak. Dia cakap suami aku soft spoken.

Aku tanya perempuan tu nak sangat ke kahwin dengan suami aku? Dia angguk. Pernah tak suami aku cakap nak kahwin dengan dia? Dia angguk. Aku terus cakap ‘ambil lah bekas aku, lalat memang suka dekat benda busuk’.

Dalam kesempatan itu, si isteri meminta orang ramai mendoakan urusan perceraiannya dipermudahkan.

Sumber: Aplikasi X

SKIP THIS AD ×