berita

Suami Beri Intan Najuwa Kuda Putih Sempena Hari Jadi – ‘Hadiah Yang Paling Terbaik’

September 7th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Intan Najuwa

Pada 18 Ogos yang lalu, pelakon jelita Datin Intan Najuwa telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26.

Artikel Berkaitan: ‘Jodoh Allah Tentukan’ – Intan Najuwa Jawab Dakwaan Kahwin Lelaki ‘Sekufu’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Payah Panggil Datin’ – Intan Najuwa

Hadiah kuda

Intan Najuwa

Bersempena dengan hari yang bermakna itu, Intan telah menerima hadiah istimewa daripada suaminya iaitu Datuk Ahmad Asraf Azman.

Menerusi hantaran di Instagram, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid berkongsi video memperlihatkan dia bersama seekor kuda bernama Trulala yang merupakan hadiah hari lahir daripada suami tercinta.

Hadiah hari lahir yang paling terbaik daripada suami. Welcome to the family bam, Trulala.

Sementara itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas turut menumpang gembira dan meluahkan rasa teruja melihat hadiah tersebut.

Untuk info, Intan mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Asraf Azman yang juga seorang usahawan pada 18 Ogos lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×