
Doktor pakar wanita, Imelda Balchin bertindak menasihati seorang suami yang didakwa sedang mencari produk untuk memutihkan bahagian tertentu pada tubuh isterinya.
Artikel Berkaitan: Dr. Imelda Tegur Sikap Taasub Mahu Anak Berkulit Cerah – ‘Warna Kulit Diturunkan Baka Keluarga, Bukan Makanan’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Ikut Adat Berpantang Punca Bentan, Meroyan & Suami Cari Lain’ – Fakta Atau Mitos?
Kasihan dekat isteri
View on Threads
Menerusi komen di Threads, Dr. Imelda menyarankan agar suami berkenaan menerima isterinya seadanya dan tidak perlu mencari produk pemutih untuk mengubah bahagian tertentu pada tubuh isterinya.
Dalam pada itu, Dr. Imelda turut mengajar individu itu beberapa ayat yang boleh digunakan untuk meyakinkan dan menghargai isterinya.
Kalau kasihan dekat isteri, sayangilah tak kira kulit cerah ke gelap.
Warna kulit tu tiada kesan pun ke atas kesihatan fizikal isteri. Biarlah, dia sihat saja tak payah suruh ambil produk seolah dia tidak cantik di mata awak.
Untuk kesihatan mental dan emosi, kata dekat isteri, ‘Abang tetap sayang, tak payahlah ubah warna kulit. Awak cantik di mata abang. Setiap detik bersamamu adalah nikmat yang disyukuri. Awak adalah tenang dalam ribut hidupku. Setiap hela nafasku, ada namamu dalam doaku.
Sebelum ini, seorang suami didakwa cuba membantu isterinya mengembalikan keyakinan diri dengan mencari produk yang dipercayai dapat memutihkan bahagian tertentu pada tubuhnya.
Sumber: Threads





![[VIDEO] Tiara Jacquelina Serba Salah Terhadap 22,000 Peminat Yang Tidak Berpeluang Beli Tiket PGLM](https://asset.ohbulan.com/2026/10/tiara.jpg)


