

Tindakan seorang isteri yang menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain membawa padah apabila dia telah dicekik hingga maut oleh suaminya sendiri. Kejadian tersebut berlaku semalam, di Kota Bharu, Kelantan.
Berlaku perselisihan faham

Sekadar gambar hiasan
Menerusi laporan Harian Metro, kejadian yang berlaku kira-kira 12 tengahari di Kampung Liak, Pos Brooke, Gua Musang, telah mengakibatkan Huda Sudin, 38, meninggal dunia akibat dicekik oleh suaminya. Mangsa yang merupakan etnik Orang Asli, dicekik oleh suaminya sendiri selepas berlakunya perselisihan faham di rumah mereka.
Menurut Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat, setelah suspek bertindak sedemikian dia cuba membunuh diri dengan minum racun rumput.
Hasil siasatan mendapati, suspek marah dan tidak berpuas hati apabila mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Selepas mencekik isterinya hingga mati, suspek keluar membeli minuman keras dan minum supaya mabuk sebelum meneguk racun rumput bertujuan membunuh diri.
Difahamkan, isterinya sudah beberapa kali melakukan hubungan dengan lelaki itu yang berasal dari kampung yang sama.
Sudah ditahan

Sekadar gambar hiasan
Kini, suspek telah ditahan reman selama seminggu bermula hari ini. Kes tersebut akan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana membunuh.
Suspek juga telah dibawa ke klinik bagi rawatan susulan dan dilaporkan berada dalam keadaan yang stabil. Manakala, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Gua Musang bagi proses bedah siasat.
Sumber: Harian Metro







![[VIDEO] Budak 46 Beri Hadiah Istimewa Untuk Adik, Undang Sebak Netizen – ‘Betapa Ikhlasnya Dia’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/budak46.jpg)
![[VIDEO] Isu Hantaran RM1 Juta, Abiejam Terguris Hati Dengan Kenyataan Wak Doyok – ‘Saya Tak Pernah Minta Simpati’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/New-Latest-Default-Image-2026-08-17T171937.713.png)