berita

Suami Curang Sampai Hamilkan Isteri Orang, Isteri Reda Bayi Pramatang Pergi Menghadap Ilahi

July 4th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kisah seorang wanita dari Indonesia dikenali sebagai Puan Suci Darma yang dicurangi oleh suaminya sendiri sebelum ini pernah viral di platform media sosial negara itu. Tambah pilu, suaminya, Encik DK didakwa curang dengan isteri orang iaitu Puan Winda yang juga merupakan rakan sekerjanya.

Artikel berkaitan : Perangkap ‘Curi’ Sample DNA, Wanita Bongkar Suami Skandal Dengan Isteri Orang Sampai Ada Anak

Lebih mengejutkan lagi apabila Puan Winda mempunyai dua orang cahaya mata dan hasil ujian DNA mendapati salah seorang anaknya berusia empat tahun itu adalah hasil hubungan terlarang mereka.

Reda Bayi Pramatang pergi menghadap Ilahi

Walaupun pahit untuk ditelan, namun wanita tabah yang merupakan seorang anggota polis itu terpaksa menanggung perit serta tekanan berkenaan meskipun dirinya sedang berbadan dua.

Belum habis membuat hak tuntutan, wanita ini sekali lagi diuji apabila bayi dalam kandungannya terpaksa dilahirkan pada usia tujuh bulan. Apa yang lebih pilu apabila sejurus dilahirkan, bayi pramatang yang diberi nama Cahaya itu dijemput Ilahi.

Dah lahir dan ‘pulang’ dalam keadaan baik dan lengkap usia 7 bulan anak ku sayang, cahaya hati ku. Tidak ada tanda-tanda apa-apapun darimu. Namun ibu tetap berusaha untuk sabar.

Allah minta untuk ikhlas dan sabar sebagai penolong kita. Cahaya anakku tempat terbaik untuk mu taman-taman syurga Allah.

Belum sempat melihat dunia dan merasa kasih sayang si ibu, namun ditakdirkan untuk pergi buat selama-lamanya. Ujarnya lagi, dia mengakui bahawa zuriatnya itu adalah penguat dan semangat untuk dia meneruskan kehidupan.

Mengaji 1 juzuk sehari sebab nak tutup aib

Difahamkan, wanita terbabit sering melihat suaminya tergelak-gelak apabila bermain telefon bimbit di tempat gelap. Namun, firasat curiga seorang isteri tidak pernah salah dan firasatnya dikuatkan lagi selepas dia bermimpi melihat suaminya memegang tangan seorang perempuan yang tidak dikenali.

Sejak dari itu, dia nekad untuk mencari kebenaran dan akhirnya berjaya membongkarkan kehadiran orang ketiga yang mengacau rumah tangganya.

Masa mengandung, aku pergi pemeriksaan kesihatan dan aku kena drive sendiri. Suami tak pernah hulur duit. Nak beli alat ujian kehamilan pun kata tak ada duit. Makin jarang balik rumah lepas tu bagi alasan nak jimat duit tol dan minyak kereta.

Lepas tu kau tutup ‘bangkai’ dengan ibadah kau depan aku. Kau kata mengaji pun 1 juzuk sehari padahal masa itu aku dah tahu dah perangai kau. Kau berzina dengan isteri orang.

Kau khianati isteri kau yang masa tu tengah mengandungkan anak kau. Kau jual agama.

Sumber : suci.drma_

SKIP THIS AD ×